TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
 

TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PUSAT

KUALA TERENGGANU:- --Masyarakat di Terengganu mengucap tahniah dan berterima kasih kepada kerajaan pusat
kerana telah mengujudkan semula JKKK di Terengganu,selepas kerajaan negeri mewujudkan JSR.Ini akan membuatkan
rakyat lebih selesa didalam menyelesaikan urusan mereka yang berkaitan dengan urusan kerajaan.Bagi menyelesaikan urusan
yang berkaitan kerajaan negeri mereka ada JSR untuk berurusan ,sementara bagi perkara yang berkaitan dengan urusan
kerajan persekutuan mereka boleh pula mendapat bantuan dari JKKK."Ini satu kelebihan kepada rakyat negeri Terengganu"
Jelas Ybhg Ustaz Zakaria Dagang ,Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri."Ini sekali gus mengurangkan sedikit tugas JSR"tambah beliau,didalam memberi ulasan awal sebaik saja TPM mengumumkan kewujudan JKKK di Tasik Kenyir semalam.Menurut
salah seorang AJK Pemuda PAS Terengganu "Walaupun mungkin ada niat yang tersirat disebalik perlantikan tersebut namum
ianya merupakan satu rahmat dan manafaat untuk rakyat Terengganu,peluang ini mestilah digunakan sepenuhnya oleh rakyat negeri ini".