TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Selasa: Baru-baru ini tersiar berita bahawa semua Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) akan dilantik secara rasmi dan akan diberi elaun oleh kerajaan. Projek pertama BN ini akan bermula dari Negeri Trengganu dan akan dilaksanakan secara menyeluruh dari satu negeri ke satu negeri sehinggalah pada tahun 2004 semua JKKK telah dikuasai oleh BN. Ini bagi memudahkan kerja-kerja memujuk orang kampung supaya terus menyokong kerajaan.

Nampaknya JKKK telah naik taraf, walau bagaimanapun JKKK janganlah terlalu ghairah dengan elaun sebanyak RM100-RM200 tu berbanding RM100-RM200 juta yang mereka telah ambil. Usah gadaikan maruah hanya dengan nilai RM100-RM200 sahaja. Pegang pada kata-kata "ambil boleh sokong jangan".

Jebat2020.tripod.com
20 Jun 2000