TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
 

PEMUTIHAN PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN

KUALA TERENGGANU-- - - - : Kerajaan Pas Terengganu,hari ini menafikan dakwaan sesetengah pahak kononnya
kejaan negeri telah membatalkan nama-nama mereka yang selama ini menerima bantuan bulanan kebajikan.
Menurut exco kerajaan negeri YB Ustaz Awang bin Yusof,apa yang berlaku ialah kerajaan telah membuat pemutihan
dan mengemaskini terhadap mereka yang sepatutnya menerima bantuan tersebut.
       Permutihan ini berpandukan kepada syarat serta  tafsiran perkataan fakir serta miskin berpandukan kepada
syarak.Setelah dibuat pemutihan ini berpandukan penyiasatan serta jawatankuasa penimbang daerah,maka terlalu
ramai mereka yang terpaksa digugurkan."Kerajaan negeri tidak mahu memberi sesuatu kepada ang bukan hak,kerana
itu zalaim namanya"tambah beliau.Seterusnya beliau menegaskan bahawa kalau kerajaan memberi juga kepada mereka
yang tidak layak ,ini bermakna kerajaan negeri akan menanggung dosa,begitu juga mereka yamg menerima akan turut
berdosa kerana mengambil hak orang lain.Seterusnya beliau berkata mereka yang terlibat menerima bantuan sekarang
akan sentiasa dididik bahawa penerimaan bantuan tersebut bukanlah hak mutlak mereka.Bantuan ini akan terbatal dengan
sendiri apabila mereka ini tidak lagi menepati istilah fakir dan miskin.Islam juga menggalakan supaya kerajaan berusaha
mebantu mereka ini mengeluarkan diri dari suasana kemiskinan.Kita akan berusaha "memberi joran supaya mereka berusaha
mencari ikan" kita tidak akan sentiasa memberi ikan."
          Semasa kerajaan BN dulu,bantuan kebajikan ini merupakan satu senjata besar kepada mereka,mereka menggunakan
penerima bantuan ini sebagai salah satu alat untuk mengungut .Ianya merupakan esset kepada BN.Inilah salah satu sebab
mengapa ramai bilangan penerima adalah mereka yang tidak layak.