ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

Kerajaan Pusat Patut Belajar hapus judi daripada Terengganu dan Kelantan


KUALA LUMPUR, 18 Okt - Ahli Parlimen Kemaman, Hj Abdul Rahman Yusof nasihatkan Kerajaan Pusat supaya belajar cara atau pendekatan yang digunakan kerajaan Negeri Terengganu dalam mengharumkan kegiatan perjudian.

" Tidak usah malu kalu tidak tahu tatacara hendak mengharamkan kegiatan ini dengan baik. Saya percaya Menteri Besar, Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan terbuka untuk membantu Barisan Nasional(BN) mengharamkan kegiatan judi ini," ujarnya.

Tambah beliau kalau tidak suka pendekatan negeri Terengganu, BN boleh belajar cara kerajaan negeri Kelantan dimana kedua-dua negeri yang dapat menghapuskan kegiatan judi dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga kesal penglibatan orang-orang berpengaruh dalam, samada secara rasuah atau memberi jawatan yang tinggi dalam organisasi perniagaan judi sebagai perlindungan dari diganggu gugat oleh pihak berkuasa.

"Orang seperti bapa mertua kepada dua orang bekas Perdana Menteri, bekas Ketua Polis Negara dan sebagainya dilantik sebagai pengerusi syarikat-syarikat yang menjalankan perusahaan judi ini. Jadi sesiapa yang berani untuk menganggu gugat kegiatan atau operasi mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku apabila Kabinet membuat keputusan untuk mengharamkan semua arked perjudian, tiba-tiba pengecualian di berikan kepada syarikat yang beroperasi di Genting Highland. Ini jelas dan terang menunjukan bahawa perusahaan perjudian ini memdapat perlindungan yang baik daripada pihak atasan," ujarnya.

Dipetik dari : Harakahdaily