Kaji Semula Undang-undang tanah negeri
     (Wartawan kita)

 
Kenapa perlu dikaji semula undang-undang tanah negeri?

Menyekat hak milik rakyat Terengganu bertukar tangan sewenang-wenangnya. Penjualan tanah oleh rakyat Terengganu berleluasa semenjak Petronas bertapak di Terengganu. Dan bukan penduduk asal Terengganu dengan senang dapat memiliki tanah di Terengganu….tapi tidak di Kelantan. Yang kaya bukannya tuan tanah tapi broker – broker tanah. ( ada juga yang tak melalui broker).
Memang betul tanah ini milik semua tapi kalau dibuat kajian masih ramai rakyat Terengganu yang tak bertanah dan masih menumpang . Dulu masa UMNO, hanya kroni saja yang diberi tak kira dari ceruk mana asal pandai bodek .Maka berputih mata lah penduduk asal melihat mereka disisih.
Maka diharap Kerajaan PAS lebih perihatin terhadap masalah ini dan mengambil langkah yang segera sepaya kepercayaan rakyat akan terus utuh. Utamakan penduduk tempatan yang memerlukan.
Rakyat dari negeri lain entah telah berlambak tanah di kampung mereka. Tunggulah PAS memerintah negeri mereka untuk mendapat tanah.
Kalau Kelantan boleh melaksanakan undang-undang ini mengapa tidak Terengganu.
Tanah Terengganu yang menjadi hak milik orang Terengganu tidak harus jatuh kepada orang luar.(Tanah negeri Kelantan untuk orang Kelantan, Pahang untuk orang Pahang dan seterusnya)
Kalau isteri orang Terengganu hanya benarkan dinamakan atas nama isteri.

Kalau dulu rakyat luar sibuk sokong UMNO untuk tanah sekarang mereka akan bertukar haluan pulak untuk mendapat tanah.
Tidak dinafikan rakyat Penang, Perak contohnya sukar untuk medapat tanah kerana kekurangan tanah atau tanah bukan ‘milik’ mereka lagi. Siapa harus disalahkan menang sorak kampung tergadai.
Kita tidak mahu rakyat Terengganu menerima nasib yang sama kerana kerakusan Penyangat UMNO mengaut kekayaan
 
 

Cybertaliban.