KERAKUSAN UMNO
    Setelah pilihanraya ke -10 berlalu ,dimana
PAS berjaya mengukuhkan kedudukan di Kelantan serta berjaya menambah sebuah lagi negeri iaitu di Terengganu.

Di Terengganu PAS berjaya memenangi 28 daripada 32 kerusi DUN yang di pertandingkan.PAS telah memilih Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang sebagai Menteri Besar.Beliau  merupakan seorang ulamak yang
dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan sering kali di jemput menyampaikan ceramah oleh gerakan Islam selurh dunia.Dengan berbekalkan ilmu yang ada beliau cuba untuk mengamalkannya didalam pentadbiranya di Negeri Terengganu Darul Iman.Beliau membuat beberapa perubahan
kearah pentadbiran Islam sepanjang tempoh belum sampai 100 menjadi Menteri Besar.
          Namum begitu walau sebaik mana perubahan yang dilakukan olehnya dengan cermat tanpa ada rasa dendam kesumat,UMNO telah mengambil kesempatan
untuk terus menyerang ,dari pelbagai sudut.Hatta soal-soal kebajikan rakyat pun UMNO menolaknya.Ini dapat dibuktikan ketika sidang Dewan Undangan negeri yang diadakan selama 3 hari di bulan Disenber 1999 yang lalu.Keempat-empat wakil BN yang berada Didewan pada ketika itu semacam menolak keputusan kerajaan menghapuskan tol,cukai pintu rumah kediaman,cukai tanah.Kononya negeri akan kehilangan hasil yang besar.Rupanya mereka baru terjaga dari tidur,bukankah selama ini hasil negeri dari royalti minyak terlalu banyak dibazirkan.Nasib baik mereka tidak membantah keputusan penutupan premis judi.Kalau bantah juga alamat........
          Setelah beberapa isu yang dicetuskan dapat diatasi oleh pehak kerajaan Terengganu dan tidak memberi apa-apa kesan,UMNO terus menerus menimbulkan isuuntuk diambil kesempatan.
Sekarang ini Umno cuba menghasut pegawai kerajaan disemua peringkat supaya mengengkari arahan kerajaan.
Hal ini paling ketara bagi Iman Bilal serta Ketua Kampung.Walaupun kerajaan telah mengambil keputusan  untuk mengekalkan semua Ketua Kampung serta Imanbilal disetiap kampung,namum mereka ini menghasut supaya pegawai2 ini menimbul masalah dikampung-kampung sehingga mereka ini diambil tindakan.Malah mereka ini diarah supaya memencilkan ahli-ahli PAS di kampung-kampung supaya menimbul kemarahan dan rasa tidak puashati.Mereka menggunakan khidmat beberapa pegawai atasan yang masih setia dengan perjuangan UMNO.Biasanya penghulu mukim dan pegawai pejabat agama daerahlah yang banyak membantu di belakang mereka.Seandainya tidakan tukar atau tatatertib diambil terhadap mereka ini,ah...Umnoo akan mencanagnya habis-habisan.Itulah kehendak mereka.Mereka mahu ImanBilal serta ketua Kampung ini dipecat.Tetapi sebaliknya telah berlaku dimana kerajaan negeri telah menaikkan elaun pegawai ini semua.Umno menjadi kalut bila hal ini berlaku,mereka hilang punca.Lalulah mereka merancang pelbagai program untuk menghalang pegawai ini hadir kemajlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.
      Ingatlah kesabaran kerajaan negeri juga ada batasnya, kalau ini berterusan maka fail-yang berlori-lori itu tidak boleh didiamkan lagi.Ayuh selongkarkan satu-persatu.Kerajaan itu adalah amanah
Allah,buktikan kepada rakyat,kejahatan tidak boleh diselindungi,kerja maksiat mesti didedah.Semoga ianya menjadi iktibar dan ahli Umno mengenali pemimpin mereka yang rakus dan tidak amanah itu....bukan niat untuk berdendam.
 
 

penulis tamu
amirzikri@yahoo.com
.