ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
]

Kelantan tak perlu tunggu lagi

Saya merasakan peraturan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, SUK dan Pegawai Takbir Negeri perlu di pinda oleh DUN Kelantan yang sudah cukup korum. Perlantikan ini perlu di ubah seperti Terengganu iaitu terus oleh MB walaupun terdapat perkenan sultan.

Peraturan Kelantan ini akan menjadikan pegawai takbir seperti duri dalam daging. Perlulah kerajaan Kelantan menggunakan isu ini untuk mengkaji peraturan yang ada (PTN, SPN yang berada di bawah sultan).

Bukan perkara baru - dulu pertukaran pegawai yang rapat dengan MB, proposal perlantikan SUK yang baru tidak diendahkan oleh sultan, SUK terus bertelagah dengan MB, PTN terus memcaci kerajaan negeri dan sebagainya.

Adalah malang bagi kita kalau perkara ini di biarkan terus menerus sehingga kita tenggelam dalam polimik yang bodoh dan agenda besar berkubur begitu saja!. Kita harap agar satu kenyataan tegas dari MB dalam hal ini dan disusuli oleh pindaan peraturan PTN dan SPN.

Pasti kita lihat PTN dan SPN akan kepanasan dari perbuatan kurang ajar mereka sendiri dan kita pasti semua rakyat akan menyokong kerajaan negeri!

Panglima Hitam