Make your own free website on Tripod.com

 
 
 

 

MB AKAN BAHAS BELANJAWAN PUSAT
    Kuala Terengganu- -- - - YAB Tuan Guru Menteri Besar Terengganu dijangka akan
akan mengambil peluang membahas ucapan belanjawan 2000 di parlimen pada 29 feb 2000 iaitu hari selasa.Beliau merupakan ahli Parlimen Marang.Sebelum menjadi Menteri Besar ucapan beliau sentiasa ditunggu Di Dewan Rakyat,samada dari pehak PAS atau parti lawan.Ucapan beliau dijangka akan menarik minat oleh semua pehak
selepas beliau membentangkan belanjawan lebihan bagi negeri Terengganu pada
bulan Disember 1999 yang lalu.Kalau selama ini beliau hanya berucap sebagi wakil pembakang,kali ini bolehlah dianggapkan bahawa ucapan beliau mewakili kerajaan negeri Terengganu.Semejak memenangi parlimen Marang pada tahun 1990,beliau tidak pernah ketinggalan untuk mengambil bahagian didalam perbahasan belanjawan.Berlanjawan kali ini juga merupakan pembentangan yang pertama beliau hadir di parlimen mengikuti pembentangan oleh YB Menteri Kewangan.
  
 
 
 
 

  

   

                                                              TERENGGANU DARUL IMAN®