DALAM KENANGAN(SEORANG PAK CIK TUA)
(Sebuah Kisah Benar)

      Malam itu hujan lebat,beserta angin ribut yang sangat kuat,
kebetulan sekarang ini musim tengkujuh.Seorang pak cik tua
sekitar 70an meredah hujan yang lebat itu.Dengan sebuah tekad
beliau memakai baju hujan yang separuh kojak,berbekal sebuah
lampu picit yang malap menyusur di tepi jalan.Beliau menuju
kemarkas PAS didalam Parlimen Marang.
     Sesampai beliau di markas tersebut,ramai pemuda dan
beberapa  orang kuat parti di kampung itu,seperti bersiap
untuk memulakan mesyuarat.Jam di dinding markas menunjukkan
kurang lima minit pukul 10.00 mlm.Hujan diluar masih mencurah-curah
seoalh-olah tidak mahu berhenti serta ingin sama-sama menyemarakkan
suasana kempen pilihanraya umum yang tinggal tidak beberapa hari.
        Pak cik tua itu terbatuk-batuk kecil,sambil bersuara "poster kita
disimpang sana sudah jatuh ditiup angin.Kita mesti naikkan juga malam
ini".Esok calon kita nak datang ,kita mesti buktikan yang di kampung
kita ni kita kuat"sekurang-kurangnya poster kita berkibar megah,akan
menambahkan lagi semangat calon kita.""Ayah Ngah , kami dok leh
naik malam ning.......sebab kami ada mesyuarat penting"Jawab
seorang pemuda yang bersiap sedia untuk memulakan mesyuarat
tadi."Awang li dan Abang sin tak de,mereka ke markas besor,nak ambik
risalah baru sampai""Kalau nok naik jugok poster tu kena tunggu
lepas mesyuaratlah.....lagi pung hujang ning"tambah pemuda itu.
"Doh pukul berapa mung sudah mesyuarat?"tanya Pak cik tadi.
"Dok tahu lagi lah"....."mungkin pukul 12.00 ""eh Lambat lagi tu"
"dak pe lah aku tunggu"
                  Selepas mesyuarat  lebih kurang pukul 12.25 mlm.
Beberapa petugas parti terpaksa kemarkas DUN kerana ada
mesyuarat harian disana untuk mendengar lapuran harian
petiundi.Beberapa orang lagi terpaksa balik awal kerana
m,ereka ini kakitangan kerajaan yang bertugas jauh.
Yang tinggal hanyalah hassan,pak teh wel dan 4 orang petugas parti.
Kebetulan pula malam itu giliran Pak teh wel dan 4 orang itu
bertugas manjaga markas."Hassan mung ikut akulah,gi pasang
semula poster tu"."loh lah kita gi selalu.....tapi hujang ning ayoh Ngah"
"Hassan mung tu orang muda lagi.....mung takut ke huajng ke...
kita ning hujang air je......dinun(disana)orang Islam kena hujang
peluru....Syahid.....hujang ni rahmat.....dok malu ke ayoh ngah ke?"
"OK kita gi selalu lah" jawab Hassan dengan malu.
Sebenanyar pemuda yang bertugas menampal poster ramai,
tapi malam itu mereka dipinjamkan ke kampung sebelah
untuk menaikkan satu Poster besar,kerana difahamkan
esok calon BN (muka baru) akan datang ke kg itu.Kebetulan
pula di kampung tersebut ,esok 10 orang penyokong UMNO
akan mengistiharkan diri untuk bersama PAS.
            "Hassan aku rasa ...9 kali lah ngundi,tahun paling hebat....
aku rasa tahung nin PAS buleh merintah....paling kurang PAS
boleh 18 kerusi"...Aku lama dah juang nin..macam-macam doh aku
hadap...dulu teruk hassan"Kata Ayah Ngah ketika berjalan ke persimpangan
jalan."Hasaan mung panjat lah pokokpelam tu......""Sebelum mati aku rasa
nak tengok juga PAS merintah Tegganun,paling dok pun Islam daulat
di negeri kita"    "Insya'Allah Ayoh Ngoh.....doa banyak....sembahyang hajat
banyak"....."Tuhan bersama kita"

       Itulah cebisan kisah yang diceritakan oleh suami saya Abang Hassan
tentang Ayoh Ngoh Him...seorang pejuang islam yang sangat kuat daya
juangnya,peristiwa itu berlaku ketika suasana kempen piliharaya umum
1999 yang lalu.Ayoh Ngoh Him tidak pernah menyertai UMNO beliau
juga dinafikan oleh BN haknya .......beliau tidak diberi apa-apa bantuan
oleh kerajaan BN.Tanah dusun durianya seluas 2 ekar,yang diusahakan
lebi 30 tahun tidak pernah diberi kelulusan oleh kerajaan.
      Kini semua itu telah berlalu,genap 115 hari pemerintahan PAS di Terengganu
beliau telah pulang menemui Allah,hasrat beliau untuk melihat Islam tertegak di
Darul Iman tercapai jua,kini warisan perjuangan beliau itu terletak dibahu kita
jadikanlah warisan itu sebagai pusaka yang beliau tinggalkan untuk kita semua
beliau meninggal dunia kerana sakit jantung.Beberapa hari sebelum menghembus nafas
terakhir beliau ada menyebut "Hassan ,wajib jaga kemenangan ini,Kamu mesti kerja lebih
kuat,ini adalah amanah dan ujian dari Allah"  "Jangan sesekali kamu lalai dan leka dengan
kemenangan ini...berdosa kalau tak jalan amanah.....berdosa kalau tak tahan ujian"
 
 

Sekian,
untuk renungan kita semua.....

Siti Mardiah
ctmar33@yahoo.com