Make your own free website on Tripod.com
 
TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
BERSAMA MENGISI KEMENAGAN

Mengenang Tragedi DSA
       Sempena Hari Pembebasan Beliau.

Hari Rabu, 2 Sep 1998 adalah merupakan satu hari yang biasa seperti hari-hari lain. Tiada kelainan yang di dapat dirasakan melainkan kedengaran sayup-sayup khabar-khabar angin yang telah bertiup sejak beberapa lama tentang krisis DSAI dengan PM. Keadaan berubah serta-merta setelah kedengaran khabar dari pemberita Newsweek dan CNN tentang pengesahan berita tersebut pada jam 3.00 petang. Akhirnya berita itu disahkan pada jam 5.00 petang dengan perkhabaran pemecatan DSAI dari semua jawatan kerajaan. Berita sedih ini akhirnya disahkan keseluruh telinga rakyat Malaysia menerusi Berita Utama jam 8.00 malam. Pembaca berita membacakan satu kenyataan ringkas tiga perenggan serta tidak bertanda-tangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Rakyat Malaysia di tinggalkan dalam persoalan kerana tiada sebarang alasan atau penjelasan diberikan.

Untuk kebanyakan Rakyat Malaysia, malam 2 Sep 1998 merupakan satu malam yang panjang dan menyiksakan. Satu malam ngeri yang penuh dengan persoalan dan tanda-tanya tanpa sedikitpun jawapan. Apa yang telah terjadi kepada Malaysia yang telah cukup tersiksa akibat krisis ekonomi? Namun bagi penduduk berdekatan Kuala Lumpur, mereka agak bertuah kerana pada malam tersebut DSAI sempat memberikan sedikit penjelasan bahawa beliau adalah mangsa kepada "Kospirasi Politik" dan beliau besar kemungkinan akan dikenakan tahanan ISA.

Pada malam 3 Sep 1998, DSAI telah menghadiri mesyuarat terakhir UMNO untuk beliau dan akhirnya beliau dipecat dari semua
jawatan dan keahlian parti. Mesyuarat UMNO pada malam itu berlansung dalam suasana yang cukup panas dimana DSAI masih terus tegas mempertahankan maruah beliau. Malam itu juga DSAI dapat menyaksikan siapa kawan sebenar dan siapa pengampu nombor satu di dalam UMNO.

Besoknya seluruh akhbar utama tanahair membawa 'headline' Salah laku seks DSAI seperti yang difailkan di dalam affidavit Dato' Nalla yang ditahan di bawah ISA atas kesalahan memiliki beberapa senjata api tanpa kebenaran. Keseluruhan affidavit itu disiarkan walaupun belum dibacakan di Mahkamah. Pelbagai kesalahan DSAI di laporkan dari kesalahan seks zina sehingga ke liwat sehinggalah kepada kesalahan mengkhianati negara dan menjadi agen asing. Media utama negara telah menyerang dan memfitnah DSAI secara terus-terusan manakala DSAI hanya mampu membuat penerangan dari kediaman peribadi beliau di Bukit Damansara. Bukit Damansara mula dibanjiri rakyat kebanyakan dan disini juga DSAI dapat menilai erti persahabatan sebenarnya. Rakyat kebanyakan menjadi tetamu setia beliau tidak kira siang dan malam. Kenyataan Dato' Nalla yang menafikan segala kenyataan yang terkandung di dalam affidavit tersebut pada 8 Sep terus digelapkan oleh media utama.

Dari Bukit Damansara DSAI terus melancarkan Gerakan Reformasi bermula dengan Deklarasi Permatang Pauh yang telah menarik tumpuan puluhan ribu rakyat Malaysia telah berlansung di Permatang Pauh, Bangi, Kg Jijan Nilai, Tanjung Karang, Batu Pahat, sehingga ke Kelantan. Rakyat membuktikan kebencian mereka kepada kezaliman yan ditimpakan kepada DSAI dengan melampaui fahaman politik, agama atau bangsa. Perhimpunan-perhimpunan ini terus dibanjiri rakyat terus menghantui Mahathir dan kemuncak perhimpunan ini berlansung di Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada tanggal 20 Sep 1998 yang mana ratusan ribu rakyat Malaysia telah turun menunjukkan sokongan kepada DSAI.

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan pada malam 20 Sep 1998 dengan penangkapan DSAI di kediaman beliau dengan cara yang cukup memalukan seluruh rakyat Malaysia. Kediaman DSAI diserbu oleh gerombolan polis bertopeng lengkap bersenjata seolah-olah lagak penahanan penjenayah paling berbahaya di dunia. Terbuktilah seperti yang telah dinyatakan oleh DSAI bahawa polis Malaysia telah bertindak ala Mossad semasa menangani rakan-rakan beliau yang telah ditahan seperti Dr. Munawar Anees, Sukma, Azmin Ali dll untuk mendapatkan pengakuan palsu yang dipaksakan keatas mereka. Rakyat Malaysia begitu tersentak dan marah di atas tindakan ini telah mula turun ke jalan-jalan raya mulai tarikh ini tanpa sedikit pun rasa gentar.

Pada 22 Sep 1998 Mahathir menyatakan bahawa DSAI akan didakwa di mahkamah terbuka namun tanda-tanya mengenai
keselamatan beliau terus menyerang benak rakyat kerana DSAI tidak juga muncul. Pada 24 Sep KPN telah membuat satu kenyataan bahawa DSAI berada dalam keadaan sihat dan selamat. Akhirnya penantian ini berakhir pada 29 Sep apabila DSAI dibawa ke mahkamah tetapi sekali lagi seluruh jiwa rakyat Malaysia "dilebamkan" apabila menyaksikan mata kiri DSAI berada dalam keadaan lebam yang teruk. DSAI mendakwa beliau diikat, ditutup mata dan dipukul bertubi-tubi serta dinafikan hak mendapatkan rawatan dan mengikut laporan doktor pukulan itu boleh membawa maut. Berita mula bertiup kencang bermula dengan dakwaan sebuah laman web bahawa DSAI telah dipukul oleh KPN Rahim Noor. Mahathir terus berbohong dengan membuat andaian bahawa DSAI memukul dirinya sendiri dan akhirnya pembohongan beliau ini terdedah hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja setelah polis gagal menyiasat 'Tragedi Lebam DSAI'.

DSAI terus menghadapi pendakwaan terhadap kononnya beliau menyalah-gunakan kuasa dengan mengganggu siasatan polis
berkenaan kes salah laku seks beliau berdasarkan surat layang 50 dalil itu. Pelbagai konspirasi telah diatur oleh mereka berdasarkan dua orang saksi yang dikatakan mempunyai kredibiliti yang cukup tinggi iaitu Azizan (yang telah di tangkap berzina) dan Ummi Hafilda (yang di dakwa berzina berkali-kali oleh seorang pemuda Sarawak). Akhirnya sistem kehakiman Malaysia tiba di kemuncak kehancurannya pada 4 April 1999 apabila Hakim Augustine 'Hacks' Paul menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara kepada DSAI walaupun banyak bukti pembela 'di tidak relevankan' dan tiang gol dialihkan pada saat-saat akhir.

Namun kes kedua DSAI tidak memberikan sedikitpun ruang kepada pendakwa membuktikan kes mereka. Kes ini telah mendedahkan dengan lebih banyak lagi pekung yang berlaku. Walaupun kes ini telah dipinda tiga kali namun pihak pendakwa terbukti pembohong apabila gagal sama sekali mencabar Alibi DSAI. Segala-gala dakwaan mereka telah berjaya dipatahkan dengan mudah oleh pihak pembela. Segala-gala fitnah dan pembohongan Mahathir terus dibuktikan dari hari ke hari.

Oleh itu tanggal 4 Aug 2000 adalah amat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Walaupun kita ditekan
dengan pelbagai ugutan namun semua harus berani menyatakan suara hati masing-masing. Kita hanya mempertahankan hak kita
yang termaktub di dalam Perlembagaan yang sepatutnya menjadi tonggak perundangan negara. Cukuplah DSAI dan keluarga difitnah dan disiksa, cukuplah 684 hari DSAI kesepian di dalam kurungan akibat fitnah dan konspirasi. Kita sebagai rakyat yang prihatin WAJIB membela orang yang teraniaya ini dan yakinlah bahawa Allah bersama-sama kita, jangan biarkan maruah kita terus di perkosa oleh penguasa-penguasa yang zalim.

Kezaliman mereka terus mendaki ke kemuncak yang tiada penghujungnya jika rakyat terus takut dengan ugutan-ugutan mereka. Kita juga rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian akan terus berhimpun secara aman, oleh itu pihak berkuasa yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat jangan terus menjadi perkakas kepada Mahathir dengan menjadi agen provokasi. Biarkan kami berhimpun secara aman untuk menyambut Wira kami. Ingatlah, Mahathir tidak boleh terus menongkat langit, begitu juga dengan kita kita semua. Masa untuk perubahan hampir tiba. MAHATHIR MESTI DI DAKWA.

 

                                   SELAMAT PULANG DSAI

 

Hakim Negara