ROYATI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 
 
 

Assalamualaikum,
Para pengunjung budiman kami memohon berbanyak kemaafan,
diatas kegagalan kami mengemaskini laman ini.Bermula dari 3hb Nov 2000
kami terlalu sibuk dengan tugas-tugas jamaah,keluarga serta usaha cari makan.
Kami juga menghadapi beberapa masalah dengan tripod.Setelah berusaha gigih
dan berjaga malam,Alahamdulillah beberapa kelemahan telah dapat diatasi.
Kami berjanji akan terus bersama sauadara didalam meneruskan agenda
perjuangan yang masih terlalu panjang ini.Kumpulan kami bukan hanya
bergerak dialam cyber,malah kami juga terlibat di tengah tengah gelombang
kebangkitan rakyat,malah salah seorang dari kami hampir tertangkap ketika
bersama-sama di Jalan Kebun pada 5 Nov 2000,selepas itu wakil kumpulan
kami juga sama sama mengiringi keputusan yang dijatuhkan kepada kepada
YB Mahfuz Omar dan kini kami mula bersiap-siap untuk bersama-sama
rakyat Lunas berjuang menafikan majoriti 2/3 BN Kedah.

Doakan lah semoga kami terus diberi kekuatan untuk terus bersama anda.

Sekian .

Salam Kemaafan.

Lawan tetap lawan,
Lawan sampai Menang.
 

Kumpulan tinta_hijau ®