MB AKAN BERKHUTBAH
DIMASJID KUSZA

KUALA TERENGGANU :  Tuan Guru MB dijadualkan
akan menyampaikan Khutbah dimasjid KUSZA pada
hari Jumat 21 hb Apri 2000.Ini merupakan siri lawatan
membaca khutbah dimasjid selepas menjadi Menteri
Besar.Sebelum ini beliau membaca Khutbah dimasjid
Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai masjid Puteh.
      Masjid KUSZA ,beberapa minggu yang lalu dikatakan
telah berlaku peristiwa sembahyang zohor oleh jamaah
yang tidak berpuashati kononya khatib yang membaca
khutbah pada hari tersebut telah meninggalkan rukun
khutbah.Sebenarnya perkara tersebut tidak wujud
ini telah telah dijelaskan sendiri oleh beberapa orang
makmum yang sama-sama menunaikan Jumaat
pada hari tersebut.Kemudian Tuan Guru MB
sendiri menjelaskan bahawa lapuran yang diterima
oleh beliau Khutbah pada hari Jumaat tersebuit afdalah sah.
Isu ini sengaja ditimbulkan oleh sebuah akhbar harian yang
telalu gelojoh untuk menyiarkan beritanya tanpa bukti yang sah
sehingga melanggar kod atika kewartawanan.
Kita mengharapkan agar lawatan khutbah oleh YAB MB ini
tidak di politikkan oleh pehak-pehak yang tertentu
yang mengambil kesempatan untuk memfitnahkan
kerajaan negeri.
Kepada semua wartawan serta ketua editor
semua akhbar yang ingin membuat liputan pada
hari tersebut,berkerjalah,lapurlah dengan jujur,
ikhlas tanpa rasa dendam kesumat.
 

sekian wassalam.
 

Spanar idup 2000