Make your own free website on Tripod.com
MAHATHIR SURUH S/U AGUNG UMNO BUKAK KILANG ?FART-WA?? hahaha..!!
 

BILA rakyat Terengganu sedar selama 25 tahun mereka telah ditipu oleh UMNO/BN, mereka mengalih keyakinan kepada PAS/BA. Dalam sistem demokrasi, itu adalah perkara biasa.
Contoh di UK maupun di US - perkara seumpama itu berlaku sebagai amalan yang diperakukan dalam sistem demokrasi. Masing-masing pihak akan menerima keputusan tanpa niat membalas dendam. Pihak yang kalah akan akur.

Selepas pilihanraya, keadaan kembali pulih. Tenang. Aman. Semua berjalan lancar seperti sediakala. Kalah-menang tak disebut lagi. Macam tu lah yang di katakan pemimpin ?gentlemen?. Mereka ?shake-hands?.
Malangnya di Malaysia, sejak Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, keadaan yang diperlihatkan beliau tidak serupa. Selama beberapa tahun ini, Dr. Mahathir tidak putus-putus berhujah, membelasah, memfitnah dan bersepak terajang terhadap musuh UMNO (termasuk musuh politik beliau). Pihak Pembangkang musuh utama.

DENDAM DAN SERANG
Rakyat semakin hairan. ?Apa pasal Mahathir tak habis-habis berdendam??, bertanya rakyat Terengganu dan Kelantan.
Tengok pulak, apa sudah jadi - DS Anwar Ibrahim sekeluarga adalah insan paling aib seksa dan dizamlimi. kesan parut luka itu sudah sembuh, namun luka dihati rakyat berdarahan lagi hingga hari ini.
Di setiap Perhimpunan Agung UMNO, Mahathir menyerang PAS. Tak cukup membelasah parti itu, Mahathir menyerang pribadi para pemimpinnya. Masih tak cukup lagi, Mahathir mengutuk mereka dari sudut agama pula.
Macam-macam risalah fatwa Mahathir suruh Yusof Nor, Haji Nakhaie & para ulamak UMNO sebarkan.
Akhirnya, kerana orang sudah tidak peduli dan naik bosan, Mahathir mengutuk Islam dan Nabi Junjungan. Begitu sangat Dr. Mahathir egonya!! Dah terus betul Mahathir ni, kan? Silap-silap macam dia ada simpan setan.

BENGEKEL 'FATWA'

Sekarang sudah tersebar pula pelbagai jenis risalah yang menggariskan bermacam-macam fatwa. Seolah-olah di ruang lingkup pejabat Setiausaha Agung UMNO, sudah ada satu ?bengkel? mengeluarkan ?fatwa? mengenai agama.
Sekali baca, nampak seolah-olah akan diwujudkan pulak oleh UMNO ?mazhab? ke-4. Perkara macam inilah yang jadikan orang Islam jadi Kurafat - boleh bertukar Kiblat!!
Kita hairan, apakah gunanya kita mempunyai Majlis Fatwa. Tidakkah Mahathir dan UMNO tahu bahawa sesuatu Fatwa itu mempunyai proses khusus sebelum ia dikeluarkan?
Sebagai rakyat, ramai diantara kita yang mempunyai pendidikan dan pengalaman mengenai sistem dan peraturan berthabit dengan proses penentuan, pengiktirafan dan penyiaran sebarang ketentuan mengenai fatwa sebelum diperakukan sebagai ?Fatwa? agama (maksudnya agama Islam).
Ia bukanlah tertakluk kepada tunjuk arah dan kemahuan seorang PM atau Pembangkang seperti PAS atau KeADILan. Malangnya, dalam isu ini Pembangkang faham. Masalah itu timbul bila UMNO dan Presidennya cuba menyakinkan umat Islam di negara ini supaya menyokong mereka.
Maka bermulalah serangan UMNO terhadap PAS melalui pelbagai risalah. Habis semua pihak kena belasah.
Rakyat yang kurang arif mulalah bagai si buta kehilangan tongkat. Terhojok sana, terhojok sini. Lama kelamaan, semua jadi burung penguin - terjun dari tebing curam yang tinggi. Dah lah kepak tak cukup bulu, bila terjun begitu samalah seperti bunuh diri!
Kini, orang Melayu sudah mulai bertanya: Apakah ini sumbangan UMNO kepada agama kita?
Risalah "Pengkhianatan PAS terhadap Islam" yang diterbitkan oleh Urusetia Biro Penerangan dan Biro Agama Umno Malaysia bertarikh 1 Ogos 2000 sudah mulai jadi topik hangat di kalangan rakyat.
Belum sempat risalah ?fatwa? Setiausaha Agung UMNO habis difahami orang, seorang insan bernama: Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah telah menyebarkan fitnahnya pula.
Ramai yang merasa Abu Muhammad Fariz Al-Hussainiah itu BUKAN berasal keturunan arab. Dari hujah beliau, paling hampir, beliau hanya setaraf unta yang mendapat upah membawa beban dosa jemaah haji ?yang ini? - Dr. Mahathir al-haj.
Jika beginilah pemimpin UMNO dan para ulamaknya mengendalikan isu fatwa dalam Islam di negara ini, jangankan rahmat yang akan tiba - sebaliknya bala pula akan menimpa.
Di masjid tadi saya teringat seorang Ustaz memberi panduan dalam ceramah beliau. Kata beliau, "Sekiranya sesuatu kelompok manusia itu mengengkari ketentuan Allah swt, sebagai peringatan Allah akan menurunkan bala".
Kata beliau (intipati saja):
[??..Kita sudah membaca di dalam Al-Quran bagaimana Allah swt menimpakan pelbagai bala kepada umat sebelum kita, atas dosa-dosa mereka memutarbelitkan firman Allah. Bencana bah, gempa bumi, api, ribut taufan, cuaca panas kering kontang, wabak, dan lain-lain musibah - diturunkan sebagai peringatan.
[??..Mungkin kita belum melihat kekuasaan Allah swt dan bencana yang sebenar-benarnya. Jangan kita andaikan secara mudah dengan melihat lopak-lopak air dihalaman rumah kita setelah hujan berhenti. Itu bukan bah? Itu lopak-lopak air saja sebab tanah laman tuan-tuan tinggi rendah?] katanya.
[??Tetapi cuba kita bayangkan air yang menyembur dari perut bumi dengan hujan lebat tidak henti-henti hingga Gunung Tahan pun hapus puncaknya - bagaimana? Nak lari kemana agaknya? Mungkin ada yang engkar dengan berkata mereka boleh menumpang perahu layar Azhar Mansur kah? Itu pun, tak tau pasal apa, siang-siang tiang layar pun dah patah. Kalau tak ada orang nak tolong, hari ini dia pun tinggal arwah..Nauzubillahhhhhhh??!!?], kata beliau menamat ceramahnya. Geleng kepala dia.
Ada yang menyeringai semacam nak ketawa bila nama Azhar Mansur disebut beliau. Tetapi, mana yang mahu berfikirlah tidak ketawa. Tafakur saja.
Maka tahulah saya - mana satu penyokong UMNO dan mana satu yang bukan.
Nah!! Saya sebut cerita di masjid tadi sebagai mengingatkan diri saya. Sementara itu, berpesan-pesanlah kita sesama sendiri. Muasabahlah diri?!! Nak baca Fatwa Setiausaha Agung UMNO kah lagi? Silakanlah?..
Jangan salahkan sesiapa jika teraniaya diri di akhirat nanti..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)