Ketua Kampung UMNO……Bimbang Dipecat ?
 

Tidak dapat dipastikan sumber berita “ Persatuan Minta Ketua Kampung Jangan Letak Jawatan” yang terpapar dalam Laman Web Terengganu Baru pagi ini. Adakah ianya dilapor dalam media arus perdana seperti Utusan Malaysia. Almaklum sajalah, sudah sekian lama saya tidak membaca akhbar-akhbar sedemikian yang menyelewengkan fikiran rakyat. Saya harap pemboikatan Utusan, TV3 dan NST yang dilancarkan hari ini memberi kesan yang positif menyedarkan rakyat dan pihak media itu sendiri akan  penyelewengan laporan media berkenaan. Walau apapun sumbernya laporan tersebut, saya rasa ada beberapa aspek yang perlu saya kemukakan pendapat untuk tatapan dan penilain pengunjung.

Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung Terengganu, Nawang Ismail, ketika mengulas tindakan 59 orang ketua kampung daerah Marang yang menolak untuk berkhidmat di bawah kerajaan Pas, antara lain:
? Menasihati ketua kampung supaya tidak meletak jawatan kerana ianya akan dianggap sebagai mementingkan politik sedangkan jawatan  berkenaan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat.
? Menuntut agar kerajaan negeri membayar pampasan jika dipecat
? Mendakwa pemilihan ahli JSR sebagai tidak adil.

Adalah tidak menasabah bagi kerajaan Pas Terengganu memberi tawaran kepada 59 ketua Kampung/Jin Kuca Kapong (JKKK) untuk menjadi ketua Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR ) di Daerah Marang. Angka ini mewakili lebih 75% daripada jumlah ketua kampung daerah tersebut. Saya yakin Kerajaan Pas belum lagi hilang perkiraan dalam mencari keadilan sebenar hinggakan menawar lebih daripada 75% ketua kampung UMNO untuk terus menjadi ketua kamoung sekarang. Lagi pula kita semua sedar bagaimana mereka-mreka ini,JKK, mengugut dan menindas masyarakat kampung yang tidak se haluan/sebulu dengan mereka hinggakan masyarakat terbanyak menolak UMNO di dalam pilihan raya baru-baru ini. Adakah rakyat akan merestui tindakan kerajaan Pas seperti yang dilaporkan itu?

Ketua-ketua kampung yang menolak untuk berkhidmat di bawah kerajaan Pas dengan sendiri sedar bahwa mereka yang selama ini mementingkan politik dan diri sendiri tidak sesuai untuk memimpin JSR yang merupakan suara rakyat. Dengan itu, Ketua Persatuan tak perlulah meyakinkan masyarakat yang “ jawatan ketua kampung/JKKK berkhidmat untuk kepentingan masyarakat”.

Pembayaran pampasan sepertimana yang dituntut hendaklah dikaji dengan teliti oleh pihak kerajaan. Pada hemat saya, tiada sebarang kontrak bertulis dibuat di antara ketua kampung/JKKK dengan kerajaan terdahulu dalamana terdapat syarat-syarat perkhidmatan yang membolehkan mereka dibayar pampasan. Setahu saya, mereka adalah jawatan kuntrk dan bukan jawatan tetap. Dengan itu, bayaran pampasan dalam kes tamat tempoh kontrak tidak wujud. Untuk tindakan yang adil dan saksama, selain perkara di atas, kerajaan hendaklah merujuk kepada kerajaan negeri Kelantan….. apabila UMNO merampas semula kerajaan dari tangan Pas dalam tahun 60an, saya tak ingat tahun sebenarnya, adakah ketua-ketua kampung lantikan Pas dibayar pampasan semasa dipecat.

Pengerusi Persatuan juga menuduh bahwa pemilihan ahli JSR tidak adil kerana 10 dilantik manakala hanya 6 dipilih. Saya tidak nampak di mana letaknya ketidak-adilan dalam sistem sedemikian. Yang jelas tidak adil ialah menawar kepada lebih 75% ketua kampung/JKKK UMNO untuk berkhidmat semula di daerah Marang sepertimana yang dilaporkan.. Bayangkanlah betapa retaknya hati rakyat yang dinafikan keadilan dan kesejahteraan hidup dengan dipaksa untuk menerima ketua kampung/JKKK UMNO yang sekian lama mengabaikan masyarakat, malahan mengugut dan menindas mereka. Saya harap aspirasi rakyat tidak disia-siakan dengan kealpaan pihak kerajaan. Sila rujuk kepada komen saya berkaitan pemilihan JSR sebelum ini.

Sekian sekadar pandangan kerdil untuk pengunjung.

Terima kasih.

Watchdog.