KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU.......MANGSA TERBARU
                   

Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diisytiharkan sebagai sebuah IPTA yang mempunyai autonominya sendiri pada 1
Januari 2000. Ia juga telah  diumumkan oleh Dato' Najib (Menteri Pendidikan ketika itu) dua hari sebelum pilihanraya ke-10.
Ini membolehkan KUT mendapat peruntukkan sendiri dari Kerajaan Persekutuan dan mengambil pelajar sendiri tanpa melalui
UPM.  Fakulti-fakulti baru dengan program-program terkini telah dirancang oleh ahli-ahli akademik untuk memajukan
satu-satunya IPTA di  Negeri Terengganu. 

Tetapi malangnya, ura-ura kelulusan tersebut akan ditarik balik oleh Kementerian Pendidikan sebagai balasan kepada rakyat
Terengganu yang telah memberi mandat kepada Kerajaan PAS untuk memerintah Negeri tersebut. 

Saya sebagai pelajar KUT dan anak Negeri Terengganu merasa amat sedih dengan permainan politik yang tidak berkesudahan
ini. Kita sepatutnya ikhlas untuk meningkatkan ilmu dan memajukan anak bangsa bukannya dengki dan membalas dendam
sehingga rakyat yang menjadi mangsa. 

  
 

TERENGGANU DARUL IMAN®