TANGANI PELABUR HANYA KAUT UNTUNG
 KERAJAAN dinasihatkan mengambil langkah serius menangani masalah
 pelabur yang datang ke negara ini semata-mata untuk mendapat keuntungan
 tanpa meninggalkan pemindahan teknologi kepada pekerja rakyat tempatan. 

 Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata negara ini dijadikan
 sebagai pangkalan industri mereka untuk mengaut untung bukan sahaja tidak
 memindah teknologi kepada penduduk tempatan bahkan mereka mengambil
 pekerja asing dengan tujuan membayar upah yang murah dan mengaut
 keuntungan besar. 

 "Sebagaimana kita tahu pekerja asing bukan sahaja cabaran kepada rakyat
 tempatan bahkan berkait dengan masalah sosial, akhlak dan jenayah,"
 ujarnya. 

 

TERENGGANU DARULIMAN®