Make your own free website on Tripod.com
 

LAWATAN RASMI MB KE
DAERAH KEMAMAN

Kuala Terengganu- YAB Tuan Guru Menteri Besar akan membuat lawatan kerja secara rasmi ke Daerah Kemaman selama 3 hari bermula pada 20hb.feb.2000 sehingga 22hb.Feb.2000.Beliau akan diiringi oleh Exco-Exco kerajaan serta pegawai kanan kerajaan negeri.Kunjugan tersebut antara lain nya akan mendengar taklimat pembangunan Daerah Kemaman yang akan disampaikan oleh pegawai Daerah,Dato'Ismail bin sulong.Selain dari itu beliau juga akan
melawat beberapa tapak perindustrian.Rombongan tersebut juga akan melawat operasi pusat petrolium diKertih serta akan melawat aktiviti anak syarikat kerajaan negeri.
           Pada sebelah malamnya pula Tuan Guru MB akan menghadiri majlis yang berkaitan dengan Parti,antara lainya beliau akan berceramah di padang Astaka Kemaman.
                   wartawan kami di Kemaman akan membuat liputan menyeluruh  terhadap aktivi serta sambutan yang diberi  sepanjang lawatan MB ke Kemaman.
 

tinta_hijau(Kemaman)
 

TERENGGANU DARUL IMAN®