TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

LAWAK BODOH SEORANG AHLI PARLIMEN BN

MalaysiaKini semalam melaporkan Timbalan Menteri Pertanian Mohd Sharif Osman menyarankan supaya penternak babi di NS
berpindah ke Terengganu jika tanah di NS tidak cukup luas bagi mereka. Inilah jawapan lawak bodoh yang diberikan oleh seorang
Yang Berhormat (?) di Dewan Parlimen yang mulia (?) apabila memberi respon kepada soalan yang dikemukakan oleh wakil
DAP Kerk Kim Hock. Kerk bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah harga tanah yang terlalu mahal di
tapak baru pemeliharaan babi yang disediakan oleh kerajaan di negeri syurga babi itu. Jawapan Shariff ialah pindah jika tidak
cukup tanah. Kerk bukan bertanya sama ada tanah cukup atau tak cukup. Yang di tanya mengapa tanah di situ mahal sangat,
sampai mencecah RM160,000 se ekar.

Jawapan ini bolehlah disifatkan sebagai jawapan kurang ajar, bodoh sombong dan hanya menyerlahkan IQ budak terencat akal
yang apa padanya dan ADUN-ADUN BN lain yang mengacum si badut ni. Parlimen sepatutnya menjadi gelanggang untuk
perbincangan berfaedah mengenai masalah negara bukanlah tempat berlatih stand-up comic. Ada ke patut dasar toleransi PAS
terhadap kaum bukan Islam dijadikan bahan lawak untuk mengelak daripada menjawab soalan itu? Sebenarnya Shariff tak ada
modal nak jawab kerana sememangnya kerajaan tak dapat membendung masalah yang berbangkit dari bala yang diturunkan Allah
melalui makhluk-makhluk berkaki pendek tu. Kerana itulah dia cuba mengelak dengan membawa joke yang tak lucu tu. Bukan
saja jawapan itu kurang ajar tapi juga menunjukkan sifat kebudak-budakannya kerana tidak menjawab soalan yang diberikan.
Kalau tak boleh jawab, beri alasan yang lebih munasabah atau berterus-terang saja kerajaan gagal mengatasi masalah ini.
Sekurang-kurangnya orang akan lebih menghormati.

Watak dan cara pemikiran seseorang selalunya boleh diteka melalui percakapannya. Kalau soalan yang serius dijawab dengan
lawak bodoh dan kalau lain ditanya lain pula dijawab, maka kita boleh membuat andaian sendiri mengenai peribadi dan tahap
pemikiran timbalan menteri itu.   Sememangnya peribadinya itu tidak melayakkannya menjadi ADUN, apatah lagi timbalan menteri
yang diamanahkan untuk memerintah negara. Hanya PM Malaysia yang ada sekarang yang mahu badut seperti Shariff duduk
dalam kabinetnya. Tidak hairanlah kalau negara ini sekarang menjadi bahan ketawa dan sindiran negara-negara lain.