Make your own free website on Tripod.com
Assalamualaikum w.b.t
 
Saya memohon jasa baik pihak pengurusan Liga Perdana Terengganu yang diketuai oleh YB Md Azmi Lop supaya mengambil semula anak watanTerengganu iaitu Anuar Jusoh.
Diberitakan bahawa Anuar Jusoh masih lagi mencari pasukan barunya untuk musim yang akan bermula kelak.
 
Oleh itu, pihak pengurusan perlulah mempertimbangkan memikirkan
sewajar-wajarnya keputusan tidak memperbaharui kontrak ke atas pemain ini
berdasarkan kepada beberapa faktor di bawah :-
a. Kepimpinan beliau boleh mencorakkan strategi pasukan Terengganu untuk musim ini yang dirasakan ketandusan pemain berpergalaman
yang rata-ratanya pemain muda. Ini dapat dilihat dalam dua musim yang lepas yang mana beliau sekurang-kurang dapat menaikan
martabat bolasepak Terengganu dengan berjaya memimpin pasukan kesayangan ke final dan peringkat separuh akhir. Ini turut diakui oleh
jurulatih negara yang juga berasal dari Terengganu.

b. Beliau adalah salah seorang pemain pertahanan dan tengah yang terbaik di Malaysia malah terbaik yang pernah dilahirkan di negeri
Terengganu. Oleh itu adalah sayang sekiranya bakat dan pengalaman yang ada pada beliau tidak dihargai atau dicurahkan ke negeri lain
selain negeri Terengganu.

c. Pengalaman yang dimiliki oleh beliau cukup berharga untuk sekali lagi memimpin pasukan Terengganu menjadi pencabar yang terkuat
di Liga Perdana untuk musim 2000. Beliau cukup matang dalam segala bentuk permainan lawan dan ini sesungguhnya diperlukan untuk
pemain-pemain muda sebagai peransang dan dorongan.
 
Oleh itu saya menyeru agar pihak pengurusan Liga Perdana Terengganu sekali lagi merayu agar mengambil semula pemain yang disebutkan
sekurang-kurangnya dapat menyakinkan peminat setia Terengganu Darul Iman bahawa Penyu Tidak Akan Menangis Lagi.
 
Kehilangan beberapa tonggak lama seperti Syamsol Saad, Mohd Nor Derus, Badrulhisham dan beberapa yang lain setidak-tidaknya terubat
dengan kehadiran semula Mutiara Pantai Timur ini iaitu ANUAR JUSOH.
 
Sekian, wassalam.
T'ganu Kite