MEMBANGUN MENURUT ISLAM "BERSAMA MENGISI KEMENANGAN" tinta_hijau@hotmail.com |
KEPALA BATAS CIPTA SEJARAH LAPORAN POLIS TERBESAR
Kepala Batas – 30hb Julai 2000, kira-kira jam 10.30 pagi, Balai Polis Daerah Kepala Batas hari ini telah mencipta sejarah apabila menerima laporan polis yang ditandatangani oleh 1550 orang pelapor yang membuat aduan ke atas Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad berhubung pendedahan Dato’ Syafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12hb Jun lalu.
Dalam keterangan Dato’ Shafie Yahya (Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah
Rasuah) ketika menjadi saksi utama peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim,beliau
menyatakan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pada 12hb Jun 1998,
beliau telah dipanggil oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan dimarahi
kerana beliau telah mengeledah pejabat Ketua Unit Perancang Ekonomi, Dato’
Ali Abul Hassan Sulaiman dan menemui wang tunai berjumlah RM100,000.
Dalam keterangannya juga beliau menjelaskan bagaimana beliau merasa begitu
kecewa kerana Dr. Mahathir sanggup melindungi pelakuan rasuah
dengan mengarahkan beliau menghentikan siasatan ke atas Ali Abul Hassan
serta merta.
Memandangkan tindakan Dr. Mahathir ini adalah merupakan satu kesalahan
di bawah seksyen 2 Ordinan 22 Akta Darurat 1960 dan Akta Pencegah Rasuah
1997, maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan laporan polis yang
pertama
ke atas Dr. Mahathir. Tindakan beliau telah disusuli oleh beberapa
pihak dan Pergerakan Pemuda KeADILan Malaysia telah melancarkan Program
Jelajah Semenanjung “Gerakan Menghukum Mahathir” yang merupakan satu agenda
khusus
untuk memastikan Dr. Mahathir dibawa ke muka pengadilan.
Bermula dari 25hb Jun lalu, Sdr Ezam Mohd Nor dan beberapa Exco Kanannya
telah turun ke seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia bermula dari Wilayah
Persekutuan dan berakhir di Johor pada 23hb Julai lalu. Selain daripada
membuat laporan polis secara beramai-ramai, mereka juga telah selesai
mengedarkan sebanyak 1 juta salinan Laporan Polis Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ke atas Dr. Mahathir berhubung isu tersebut. Malangnya sehingga kini
Dr.Mahathir masih lagi belum dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan
keterangan berhubung dengan laporan polis yang telah mula dibuat oleh ribuan
rakyat sejak 48 hari yang lalu. Sehingga kini pihak Polis hanya mengambil
keterangan Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Tian Chua dan telah memanggil Dato’
Syafie Yahya sebanyak tujuh kali. Malangnya sehingga kini pihak polis
langsung tidak menunjukkan minat mereka untuk menyiasat Dr. Mahathir yang
merupakan
tertuduh dalam kes ini.
Sehubungan dengan itu, Sdr Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda KeADILan) diiringi
oleh Prof. Dr. Mansur (Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang), Sdr
Chia Kah Peng (Tim Pengerusi Perhubungan), YB Sdr Rahman Kadir (Adun Penanti),
Sdr Johari Kasim (Ketua Pemuda Negeri) dan ramai lagi pimpinan alternatif
lain telah melancarkan laporan polis terbesar (1,550 orang) di
Balai Polis Kepala Batas yang terletak di dalam Kawasan Parlimen Menteri
Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah Badawi hari ini.
Menurut Sdr Ezam yang berpeluang berucap sebelum laporan polis dibuat,
“Kita memilih Kepala Batas kerana sudah puluhan laporan polis dibuat berhubung
isu ini oleh ribuan rakyat, mungkin dengan membuat laporan di kawasan Parlimen
Menteri Dalam Negeri akan menarik minat polis untuk melakukan sisatan
ke atas Dr. Mahathir.” Ezam juga telah memberikan notis 30 hari kepada
pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas Dr. Mahathir dengan membawa
beliau ke
muka pengadilan. Sekiranya pihak polis tidak melakukan apa-apa
dalam masa 30 hari, beliau sekali lagi akan turun di Kepala Batas untuk
mengetuai Demonstrasi Besar-besaran mendesak agar Dr. Mahathir dibawa ke
muka
pengadilan.
Lokman Adam
Exco Pergerakan Pemuda KeADILan Malaysia