Make your own free website on Tripod.com
Terengganu dan lebuhrayanya

Sehari dua ni Samy dan Mahadey ada komen T'ganung nak buat lebuhraya sendiri
ini.

Kedua-duanya komen bertaraf budak-budak hingusan. Ada ka lojik- kalau T'ganu
buat l/raya sendiri, tak boleh join dengan l/raya kerjaan persekutuan.
Malunya aku selaku rakyat Malaysia mempunyai dua orang menteri yang kurang
pintar begini. Malunya . . .

Dari komen depa dua orang yang dari zaman dinosor ni (Mahadirosorus dan
Samivelotarous) , ada beberapa kesimpulan:

1. Memang depa ni nampak sangat sengaja tak nak buat l/raya di T'ganu.
Macam2 alasan di berikan. Mula2 isu tol, kemudian isu pemgambilan
tanah-last-last, bila T'ganu nak buat sendiri, keluar pula isu kena dapat
kelulusan kabinet dan isu tak boleh join dengan l/raya persekutuan!! Kurang
akal punya alasan- tapi rakyat boleh nampak semua ini. Rasanya dengan komen
bodoh depa berdua ni, rakyat lagi nampak sapa yang ikhlas sapa yang tidak(
Terutama orang UMNO T;ganu- mudah-mudahan depa akan nampak BN ni memang
zalim lagi bahalol). Dari peristiwa ini, saya orang DUSP (Dulu UMNO Sekarang
PAS) lagi pekat kehijaun PAS saya. Dengar ni wahai Maha+Samy!!

2. Pemikiran mereka ni kelas pemikiran budak Tadika Kemas sahaja- bukti:
komen yang sebegitu rendah mutunya (Samy: "Tak boleh join dengan l/raya
persekutuan'). Komen ni sepatutnya tak dimuatkan dalam 'paper'. Buat malu
Malaysia sahaja bila orang asing terbaca komen dari seorang menteri macam
ni.

Bukti kedua: Dari kes ni nampak sangat nak balas dendam- juga satu perangai
budak-budak Tadika kemas (bukan Tadika Pasti!!). Suka berdendam dengan orang
yang dia tak suka. Tak gentlemen.

3. Menampakkan kerisauan BN (terutama Mahadey dan Samy) jika T'ganu
betul-betul berjaya buat l/raya sendiri. Agaknya mengapa BN risau sangat?
Mungkin takut pecah tembelang kos sebenar buat l/raya hanya separuh dari kos
yang kontraktor dulu buat? Munkin juga. Bayangkann jika betul2 T'ganu buat
sendiri menggunakan kontraktor2 yang amanah, dan kosnya separuh dari kos
l/raya di Pahang? Tak ke pecah tembelang busuk BN? Dan bayangkan jika
terjadi demikian, tol di T'ganu nanti separuh dari tol di Payang? Tak ke
terang-benderang kelemahan BN nanti?