TERENGGANU DARUL IMAN
 
 
 
Dun Terengganu lulus usul kutuk batalkan royalti minyak 
 

KUALA TERENGGANU, 12 Sept  - Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang hari ini meluluskan usul tergempar untuk mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan prinsip demokrasi dan sistem kerajaan berpesekutuan di negara ini yang dilakukan olek kerajaan pusat berikutan tindakannya membatalkan royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu. 

Usul yang dikemukakan oleh Adun Ladang, Dr Sulaiman Abdullah itu, dibuat di bawah fasal 30, peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri.

Setelah dibahaskan oleh pembangkang dan penyokong kerajaan serta digulung oleh Exco kerajaan negeri termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abbas, usul itu diterima dan diluluskan oleh Dewan.

Usul yang diterima oleh Speaker Dewan, Husein Awang itu telah dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan dari pembangkang dan juga penyokong kerajaan. 

Empat penyokong kerajaan iaitu wakil dari Paka (Saiful Bahari), Bukit Tunggal (Bukit Tunggal), Bandar (Azmi Lope) dan Kuala Besut (Nik Zawawi Salleh) telah memberikan hujjah masing-masing. Tiga wakil pembangkang iaitu Kemasik (Abu Bakar Ali), Telemong (Tengku Putera) dan Seberang Takir (Dato' Rashid Ngah) telah berucap membangkang usul tersebut. 

Bagaimanapun, wakil Ajil tidak berucap.
 

Dipetik dari : harakahdaily