Make your own free website on Tripod.com
 
            Lapuran Terkini Dari Lunas

           Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

           LUNAS – 17 NOV. Tinjauan rambang menunjukan bahawa masyarakat Tionghua akan merubah angin
           kepada pihak Barisan Alternatif dalam pilihanraya kecil DUN LUNAS yang akan berlansung pada 29 Nov
           nanti. Ini adalah kerana dengan berbagai isu yang berlegar disekeliling masyarakat Tionghua, ianya akan
           berjaya menarik undi kaum ini bagi menangkis segala cubaan untuk membeli undi , tambahan pula kaum
           cina sukar diumpan dengan wang ringgit.

           Sementara itu, dalam tinjauan keatas pengundi Melayu di sekitar Lunas merasa lega dengan pencalonan
           Sdr Saifuddin Nasution kerana telah jelas nama calon serta parti yang diwakili oleh BA. Menurut En
           Rahman beliau merasa lega kerana selama ini diwakili oleh BN yang hanya meletakkan calon India dan
           menjadi baptis kepada salah sebuah gereja di Bukit Mertajam “Saya bersyukur kerana dengan
           pencalonan Sdr Saifuddin, BN dijangka akan menghadapi keadaan sukar di DUN LUNAS” jelasnya lagi
           yang merupakan salah seorang yang menjadi tenaga penggerak di DUN LUNAS .Kini usaha giat sedang
           dijalankan bagi mengemaskinikan jentera pilihanraya bagi mengadakan program dari rumah ke rumah.
           Malahan dengan adanya expo perdagangan selama 4 hari dan dengan adanya ceramah yang dijalankan,
           kita berharap kaum Cina dan kaum India datang bagi mendengar segala isu yang melingkari mereka.

           BILIK GERAKAN BA BEROPERASI

           Sehingga jam 3 petang , bilik gerakan BA telah mula beroperasi. Ramai aktivis yang tampil bagi
           menjalankan aktiviti setelah mengetahui calon dan parti yang bertanding. Apa yang lebih releven buat
           masa ini ialah dengan menghantar risalah dan penerangan berkelompok. Petang tadi juga menyaksikan
           beberapa buah kereta “MENTERI’ berulang alik bagi menjalankan ceramah dan menabur wang dan janji
           manis pilihanraya. Selain itu juga pihak BN telah menjalankan ceramah kelompok hampir setiap malam di
           berpuluh tempat. Pihak BA harus mengambil beberapa langkah yang difikirkan sesuai sebelum
           pilihanraya. Bagi penceramah BA yang ingin mengadakan ceramah boleh berhubung dengan pihak
           urusetia di Bilik gerakan 200M dari tol menghala ke Bandar Kulim.

           PENAMAAN CALON 21 NOV DI PADANG PEJABAT DAERAH KULIM

           Penamaan calon akan dijalankan di padang Majlis Daerah Kulim dan bukannya di pekan Lunas. Pihak
           Mahazalim akan menyiarkan peta ke Kulim dan Lunas. Para penyokong BA dikehendaki menghala ke
           kanan arah ke Kulim dan bukannya ke pekan Lunas. Sementara itu perhimpunan perarakan akan bermula
           dari stesen minyak Petronas Taman Bersatu. Bagi aktivis yang datang dari Bukit Mertajam ke Kulim ikut
           jalan lama , akan bertemu di stesen minyak tersebut. Kedatangan beramai-ramai aktivis hendaklah bagi
           mengukuhkan jentera disamping mengadakan lawatan dan ceramah dari rumah ,rumah kedai,dan
           taman-taman.