Make your own free website on Tripod.com
Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

LUNAS 16 NOV Saifuddin Nasution Ismail di beri kepercayaan oleh BA bagi mewakili masyarakat Lunas dalam pilihanraya kecil bagi negeri Kedah. Beliau yang bertanding dalam kerusi Parlimen Padang Serai 1999 dijangka memberi tentangan cukup sengit dengan isu-isu semasa dalam pilihanraya akan datang.

Sementara itu S. Anthonysamy seorang peguam kroni merupakan salah seorang penasihat gereja St Ann , di Bukit Mertajam , dijangka akan menghadapi saingan yang berat sebelah terutama dikalangan masyarakat India sendiri. Ini adalah kerana, beliau bukanlah anak tempatan, malahan masayarakat India sendiri mula menolak beliau kerana MIC telah mengenepikan anak tempatan. Dikhabarkan semasa mesyuarat Bahagian MIC Lunas yang berlangsung beberapa hari lepas, hanya 3 wakil sahaja yang hadir menandakan betapa Antonysamy sedang dirundung malapetaka.

Antonysamy juga merupakan seorang peguam yang kedekut, melalui syarikatnya AZIZ & ANTHONY yang berpejabat di Butterworth kerana menjadi panel bagi sebuah syarikat yang dikuasai oleh keluarga Datuk Kadir Syeikh Fadzil , Aseania Groups dalam pembinaan projek Bandar PERDA yang juga dikaitkan dengan Datuk Ibrahim Saad dalam penjualan tanah orang Melayu. Untuk membayar duit Guaman, beliau bukan sahaja menolak untuk berunding malah tidak memberi sedikitpun ruang untuk mengurangkan bayaran rumah di BANDAR PERDA. Ramai pembeli rumah terutamanya rumah kos rendah mengakui bahawa Anthonysamy bukanlah seorang yang pemurah melainkan menghisap darah pembeli rumah golongan bawahan. Bagaimanakah beliau akan membela nasib penduduk Melayu jika yang berkemampuan membeli rumah kos rendah pun tidak dikurangkan walau sedikit pun yuran bayaran guman.

Bagi penduduk sekitar Lunas terutamanya Taman Seluang, Keladi,Taman Selasih, sedarkah anda , siapakah calon yang akan anda pilih nanti.Sayangkanlah agama , Bangsa , dan Negara anda.