TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM

Mahathir Masih Tak Faham Islam.

Wawancara yang disiarkan disemua rangkaian TV negara pada malam 19/7/00 untuk memperkatakan tentang Al-Maunah telah lari dari tajuk asal malah lebih menyentuh berkenaan keagamaan. Maka wartawan yang menjadi panel malam itu seperti sedang bercakap dengan orang yang sedang mengacu pistol.

Tujuan rancangan itu diadakan adalah semata-mata untuk menghentam Islam kerana semua yang terlibat dalam forum itu tidak langsung layak untuk memperkatakan tentang Islam kerana tidak ada yang menggunakan dalil atau ayat Quran untuk mempertahankan hujah mereka. Segala ulasan hanyalah berdasarkan pemahaman yang cetek tentang Islam dan dari segi logical sahaja.

Mahathir dengan lagak seorang yang arif tentang Islam telah mengatakan bahawa Islam hanya perlu diterapkan secara sederhana di Malaysia kerana 40+% rakyat Malaysia adalah bukan Islam. Begitulah jahilnya seorang pemimpin yang menggelarkan dirinya sebagai wira tetapi masih tidak memahami dan tidak yakin akan Islam.

Beberapa persoalan yang Mahathir perlu jawab sebelum ingin memperkata tentang Islam iaitu :-
1. Kepada siapakah Islam itu diturunkan ?
Adakah Islam hanya diturunkan kepada umat Islam? Pada pemahaman Mahathir Islam hanya untuk orang Islam. Oleh sebab itu perundangan  Islam tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.
2. Apakah itu Islam ?
Islam adalah satu cara hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan, dari sekecil-kecil dan sebesar-besarnya. Islam terletak diatas sekali dan yang lain seperti politik, kebudayaan, perniagaan, perundangan dan banyak lagi adalah terletak dibawah yang mana mesti berpandu kepada Islam. Bukan satu perundangan manusia dicipta untuk mengubah perundangan yang telah Allah tetapkan.
3. Kenapa Islam diturunkan kepada manusia ?.
Adalah untuk menjadi panduan dan perundangan dalam kehidupan manusia harian kerana manusia tidak akan mampu mencipta undang-undang sendiri kerana sifat manusia yang mempunyai sifat –sifat yang lemah dalam memikirkan akan kebaikan dan keburukan sesuatu hal.

Kesimpulannya kita sebagai orang Islam mestilah yakin untuk melaksanakan Islam sepenuhnya untuk kebaikan semua makhluk dimuka bumi ini.

 Jadi Mahathir tidak akan bersetuju untuk melaksanakan Islam kerana Islam melarang riba, berjudi, fitnah, menindas, menipu, menghasut, membenarkan maksiat manakala Mahathir menghalal semuanya ini.

Mahathir perlu ingat “Rakyat sekarang benci pada Mahathir ,bukan kepada kerajaan”

Cybertaliban.20/07/00