Make your own free website on Tripod.com

ROYALTI KAMI BERSAMA TOK GURU
.
Mahathir Menangis Lagi dll.
By Kapal Berita
19/11/2000 am
 

Berikut dikepilkan beberapa berita yang tidak sempat dikupas atau diolah kerana terpaksa pergi mengembara .... 
 

Perhatikan berita mula-mula sekali, di mana Mahathir menangis (lagi?) membicarakan korupsi. Kelentong lagi nampaknya, tetapi tulisan terbaru Pak -MT- itu menyerlahkan bahawa itu semua sandiwara terkini yang sudah basi..... Seperti biasa puak-puak umno terpukau lagi dan bakal angguk nanti menjelang mesyuarat mereka bulan ini. 
 

Berita yang lain pula adalah satu lagi permainan minda. Anwar digambarkan seolah-olah penjenayah terkemuka tetapi penjenayah dimahkamah negara dan penyangak sebenar dibiarkan bermaharaja lela. Gambar Eusoff Chin serta kenyataan Datuk Shapei Yahya dikatakan tidak berasas pula tetapi cerita dongeng dan pengakuan paksaan boleh diterima..... 
 
 

Kesah pemuda UMNO Johor yang membantah lanjutan tempoh MKT menarik perhatian, tetapi kita perlu ingat, Muhyiddin yang menjadi ketua perangka perubahan itu orang Johor juga.... 
 

Jika Umno betul-betul berminat untuk perubahan, senang sahaja - buka akhbar seluas-luasnya barulah laku dan boleh bernyawa semua media yang ada. Dengan menyempitkan ruang, umno hanya menunggu reput dari dalam. Bila ia tersungkur sudah sukar untuk membina kekuatan itu lagi, walaupun seribu tahun nanti. 
 
 

Jika Mahathir betul2 serius untuk menangani masalah korupsi, dia tidak perlu menangis sana sini. Sampai bila pun gejala itu akan terus hidup dan menguasai batang tubuh umno sendiri. Dia hanya perlu datang ke mahkamah dan bela diri kenyataan Datuk Shapei, barulah rakyat boleh melihat sendiri apakah ia masih sandiwara lagi. 
 

Jujur atau tidak sesorang itu tidak diukur walaupun tangisan air mata se baldi. Jika Mahathir betul-betul ikhlas, bebaskan semua akhbar tempatan dari cengkaman. Kita cadangkan muka depan akhbar itu nanti dimuatkan rencana bersiri Pak -MT- ..... sudah tentu semua pemimpin umno akan angkat kaki dan lari! 
 
 
 
 
 

.