ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
 

Mahathir Mengamuk Bila Teman Lelaki Anak Saudaranya Dirampas Orang

Dalam pergaulan dengan beberapa tokoh UMNO termasuk mereka yang terdiri dari
ahli kabinet (http://tranung.tripod.com/berita10/ib10.htm,
http://mahazalimtwo.tripod.com/131000zac.html), IB kerap mendengar desas-desus
perihal Mahathir amat marah dan susah hati dengan kisah seorang anak
saudaranya sendiri kini merana kerana teman lelaki (boyfriend) dirampas
perempuan lain.

IB melakukan siasatan sendiri untuk mendapat kepastian.  Berikut adalah
maklumat yang terbaik IB perolehi – dan yakin dengan kesahihannya.

1.      Anak saudara ini adalah salah satunya yang Mahathir amat sayang.
2.      Lelaki bekas boyfriendnya adalah seorang berketurunan India (bukan beragama
Islam).
3.      Lelaki berbangsa India ini adalah seorang DeeJay Radio RTM (siaran bahasa
Inggeris) dan selalu juga muncul di RTM TV2 pagi Sabtu.
4.      Perempuan yang dikatakan “merampas” teman lelaki anak saudara Mahathir ini
dikatakan pelajar sebuah IPTA di Lembah Klang.
5.      Mahathir TERamatlah marah dan pernah dipetik mengamuk serta dengan reaksi
seolah-olah ingin membalas dendam terhadap siswi IPTA tersebut.
6.      Kaum keluarga (terutama anak-anak) Mahathir, telahpun dilaporkan pernah
mengugut siswi tersebut dengan pelbagai kata kesat.

Komen IB:

a.      Kalau DSAI diperlakukan sedemikian rupa oleh Mahathir, maka tidak hairanlah
Mahathir dan kaum kerabatnya boleh dan akan melakukan perkara-perkara yang
diluar peri kemanusiaan dalam menangani hal ini.
b.      Mahathir dan sanak saudaranya akan menyalahgunakan kuasa dengan
memperalatkan segala jentera kerajaan untuk memastikan masalah ini
diselesaikan dengan menyebelahi mereka.
c.      Seperti mana Mahathir pernah merestui anaknya Marina berpasangan bersama
kekasihnya (ketika sebelum dinikahkan) seorang berbangsa Perancis, maka tidak
hairanlah perhubungan anak saudara dengan seorang lelaki berbangsa India dan
bukan beragama Islam ini turut direstui oleh Mahathir.  Sebab itulah juga
Mahathir memberi layanan istimewa kepada Shah Rukh Khan yang turut tinggal
bersama teman wanitanya yang juga bukan beragama Islam.  SRK turut juga
dilaporkan memberi komen-komen yang bertentangan dengan ajaran Islam (serta
mengaku beliau tidak bersolat dan berpuasa) dalam temubualnya dengan sebuah
majalah antarabangsa terkemuka beberapa bulan lalu.

Rumusannya:

IB faham mungkin sesetengah pembaca berpendapat bahawa isu yang dibawa ini
adalah suatu yang kecil, namun dua perkara yang IB ingin ingatkan para pembaca
mengapa IB mengetengahkan isu ini:
i.      Soal perhubungan luar nikah seperti ini adalah menyalahi ajaran Islam (apa
lagi dengan penganut agama lain).  Dan seharusnya Mahathir (yang banyak
memberi fatwa) menunjuk contoh baik dengan menasihati anak saudaranya dengan
berpandukan ajaran Islam.  Sebab itulah banyak kes-kes wanita Islam
ber”boyfriend”kan lelaki Hindu/Kristian tidak dihirau kerajaan dan berakhir
dengan murtadnya wanita Islam – sudah banyak yang kita dengar dan baca.

ii.     Jentera kerajaan telah dan akan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi
dan keluarga dengan sewenang-wenangnya.  Dan begitulah dengan banyak lagi
penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Mahathir, keluarganya dan kroninya.

Sekian.
Ibrahim Baba
18 Oktober 2000