ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU


Mahathir minta Pak Lah Badawi buktikan kesetiaannya

Telah menjadi kemestian bagi Mahathir untuk memaksa Timbalannya membuktikan
(membuat pengakuan rasmi dalam media) ketaatan dan kesetiaan mereka
kepadanya.

Kita telah mendengar sebelum ini dalam ucapan-ucapan DSAI (sebelum beliau
ditangkap) dan oleh Sdr. Ezam, bahawa Mahathir telah meminta DSAI membuktikan
kesetian beliau kepada Mahathir.  Dan “sumpah” kesetiaan ini akan diminta
beberapa kali terutamanya apabila Mahathir merasakan tekanan terhadap
kedudukannya sebagai PM dan Presiden parti.  Yang paling terakhir, Mahathir
meminta kesetiaan DSAI apabila Suharto tumbang kerana Mahathir takut beliau
akan menerima nasib yang sama.

Kini, tiba giliran Pak Lah Badawi pula.  Selepas makin banyak ahli-ahli yang
berani menegur kepimpinan Mahathir di akhir-akhir ini. Dan sambil semakin
ramai di kalangan pimpinan UMNO sendiri memperakui kedudukan UMNO yang kian
terhakis dan lemah.  Mahathir semakin merasa kedudukannya tercabar lagi oleh
Timbalan ke empat beliau.

Semenjak perhimpunan khas UMNO baru-baru ini yang menolak keinginan Mahathir
agar kedudukannya sebagai Presiden terjamin dan tidak dicabar sehingga
pilihanraya umum akan datang beliau merasa gusar.

Dengan kekalahan di Lunas, Mahathir lagi merasa rimas dan tertekan akibat
ramai yang menuding ke arahnya termasuk di kalangan pimpinan parti.

Sebab itulah Mahathir telah memanggil Pak Lah dan meminta Pak Lah menyatakan
kesetiaannya.

Maka, semalam, Pak Lah telah membuat pengakuan kesetiaannya dalam media dan
disiarkan beberapa siaran TV.  Namun, membaca gerak-geri Pak Lah dalam
temuramah dengan pemberita menampakkan Pak Lah tidak ikhlas.  Isyarat badan
dari Pak Lah menunjukkan beliau menipu dan berbohong dengan kata-katanya
semalam.

Ketika mengatakan UMNO berdiri teguh di belakang Presidennya, Pak Lah jelas
gelisah, mengelakkan dari pandang ke arah kamera dan pemberita, dilihat dua
kali menjilat bibirnya dan menelan air liur berkali-kali.  Manakala sebelum
itu nampak Pak Lah bercakap dengan “confident”.

Siapakah Pak Lah hendak menipu?  Mahathir?  Atau orang ramai?  Atau para
pimpinan UMNO?  Atau di kalangan ahli-ahli UMNO?

Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, ramai yang tahu Pak Lah sedang membina
kekuatan untuk melaksanakan dua objekif terdekat.  Pertama menjatuhkan
Mahathir, kedua memastikan bakal penganti lain dilenyapkan, terutamanya Najib,
dan tidak dapat menandinginya selepas Mahthir dijatuhkan.

Kerja ini sedang dan telah giat dilaksanakan.  Ramai ahli dan di kalangan
pimpinan yang terlibat dalam pelbagai mesyuarat dan latihan/seminar.  Antara
jentera yang paling giat melaksanakan tugas demi mencapai dua objektif di atas
ialah BTN.

Siapa tidak kenal dengan Nordin Kardi, Shagul Hamid dan beberapa “tokoh” dalam
perancangan BTN?  Kesemuanya orang Pak Lah.  Apakah tema dan mesej yang paling
kerap digunakan dalam program-program mereka?  Mereka yang pernah mengikuti
program-program BTN akhir-akhir ini pasti boleh menghidunya.  Bukannya nak
selamatkan Mahathir …

Sekian
Ibrahim Baba
18 Disember 2000