Saya sebagai salah seorang pengusaha kantin di daerah Kuala Terengganu
berharap agar pihak MPKT dapat menilai semula bayaran lesen
yang dikenakan kepada kami iaitu sebanyak RM.120.00
khasnya bagi sekolah yang terletak diluar bandar yang
mana jualan kami hanya mencapai lebih kurang RM.200.00 ringgit
sehari belum ditolak bayaran sewa kepada sekolah, bayaran upah
pekerja dan lain-lain lagi.
Pendapatan kami akan lebeh terjejas lagi apabila pihak sekolah
menjalankan RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Kalau semasa
pemerintahan BN dulu pihak kami tidak dikenakan bayaran ini
mengapa kini kami terpaksa menghadapi keadaan ini. Bukankah kerajaan BA tidak
mahu menyusahkan rakyat!? Jika pendapatan kami dapat
untung bersih RM.200.00 sehari, tidak mengapa ini hanya balik modal dan ada kalanya
modalpun turut terjejas.
Oleh yang demikian saya berharap pihak kerajaan yang memerintah
dapat mengambil perhatian perkara ini khasnya bagi kami peniaga kantin
yang terletak di kawasan kampong dengan pendapatan yang tidak seberapa.
-Terima Kasih.