YAB TUAN GURU BERANGKAT KETANAH SUCI.
 

Kuala Terengganu- - - - YAB Menteri Besar Terengganu
Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang akan berangkat
menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Makkah.
Beliau dijadual berangkat keTanah Suci Makkah pada
hari Jumaat 10hb Mac 2000.Beliau akan menaiki
kapalterbang di lapangan Terbang Sultan Mahmud
pada pukul 6.30 petang.
Sebelum ini dibulan Ramadhan yang lalu beliau
telah membatalkan hasratnya untuk menunaikah
umrah kerana ketika itu beliau baru saja di lantik sebagai
Menteri Besar Terengganu.
Tuan Guru MB dijadualkan berada diTanah Suci Mekah selama
dua minggu.
Antara yang akan bersama mengiringi beliau diTanah Suci
Makkah ialah isteri Beliau Puan Hajjah Zainab bt Awang Ngah,
Penasihat undang-undang negeri serta isteri  dan Setiusaha
Khas MB sdr Zaihan bin Mohd Daud.