WAJIB MENINFAQKAN HARTA UNTUK JALAN ALLAH
Marang---- Menteri Besar Terengganu memaklumkan bahawa setiap
pejuang Islam yang berkemampuan wajib medermakan harta benda mereka
dijalan Allah.Walaupun kita telah mencapai kemenangan Di Terengganu namum amalan menderma untuk jemaah Islam mesti diteruskan.Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat 
di masjid Rusila.Ini adalah merupakan kuliah terakhir beliau sebelum 
berangkat ketanah suci Makkah.Beliau dijadualkan kembali ke Tanah Air
pada 27hbMac.2000.Ini bermakna beliau sempat bersama-sama menyertai
perjuang Islam Tanah Air untuk menghadapi piliharaya kecil Sanggang yang dijadualkan hari pengundianya pada 1hb April 2000.Sementara itu lebih 300
orang mengirigi keberangkatan beliau ke Tanah Suci dilapangan terbang 
Sultan Mahmod , pada pukul 5.30 petang 10hb Mac 2000.Antara yang turut hadir adalah Exco ,ADUN,MP serta pegawai kanan kerajaan negeri.
 
TERENGGANU DARULIMAN ®