Beberapa minggu yang lalu kita telah dikejutkan oleh akhbar harian bahawa dua kawasan Parlimen di Terengganu
akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada tokoh lain  bertanding didalam Pilihanraya kecil bagi mewakili BA.
Kawasan Parlimen yang dimaksudkan oleh akhbar tersebut ialah Parlimen Marang Dan Dungun.Kawasan tersebut kononya
hendak dikosongkan kerana kedua ahli Parliman kawasan tersebut merupa tenaga penting didalam pentadbiran kerajaan
negeri Terengganu.Ini kerana kawasan Marang diwakili oleh YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang yang sekarang merukan Menteri Besar bagi Negeri Terengganu.Sementara bagi Parlimen Dungun pula ianya di wakili oleh YB Tuan
Haji Mustaffa bin Ali yang merupakan Exco kanan bagi Negeri Terengganu.Kononya mengikut akhbar tersebut kawasan
Marang akan diwakili oelh Dato'Dr.Harun Din  sementara Dungun pula akan di wakili oleh Ust.BadrulAmin .Akbar tersebut meninbulkan isu tersebut mungkin untuk menimbulkan kekecohan dikalangan ahli parti.YAB Tuan Guru Hj,Abdul Hadi
memenangi kawasan Parlimen Marang dengan majoriti 12700 .Beliau mendapat undi sebanyak 30,183 sementara Dato'Muda
bin Mamat yang mewakili BN mendapat 17483.Sementara Di Parlimen Dungun YB Tuan Haji Mustaffa Ali mendapat 22248 menewaskan Calon BN Dato'Aziz Ibrahim (14,130)dengan majoriti 8118.
    Setelah lebih 2 bulan memenangi kawasan masing-masing,adalah dikhabarkan bahawa mereka berdua akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 14hb.Feb.2000 ini.Dengan ini akan mengesahkan penerimaan mereka berdua sebagai
ahli Parlimen,sekaligus  telahan yang dibuat oleh akhbar Harian selama ini ternyata meleset.Mereka berdua tidak berkesempatan mengangkat sumpah bersama Ahli Parlimen yang lain pada bulan Dis 1999 kerana pada masa yang sama
mereka berdua berada di persidangan DUN Terengganu yang membentangkan belanjawan negeri bagi tahun 2000.
 
 
 

Penulis Tamu
ctmar33@yahoo.com