MB SAMBUT KEDATANGAN SULTAN KEDAH
 KUALA TERENGGANU, 3 Mac -- Sultan Kedah tiba di
 Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pagi ini untuk memulakan
 lawatan selama tiga hari ke Terengganu. 

 Ketibaan baginda dan rombongan dengan pesawat khas Tentera
 Udara Diraja Malaysia (TUDM) pukul 10.10 pagi disambut oleh
 Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang, anggota Exco kerajaan
 negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. 

 Baginda bersama Sultan Terengganu, kemudiannya berangkat
 menziarahi Makam Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
 di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini. 

 Pada pukul 3 petang ini Sultan Kedan dan Sultan Terengganu
 dijadual berangkat ke Tasik Puteri Golf and Country Club, Dungun,
 untuk bermain golf, manakala pada sebelah malamnya pula,
 baginda akan berangkat ke Tanjung Jara Resort, Dungun. 

 Pagi esok Sultan Kedah dan rombongan akan menyertai
 Terengganu Heritage Golf Tournament 2000 di Tasik Puteri Golf
 and Country Club. Baginda dijadual berangkat pulang ke Alor Setar
 pukul 9.30 pagi Ahad ini.
    Sementara kuliah pagi Jumaat Dimasjid Rusila telah diamanahkan kepada Ust.Abdullah bin 
Abas yang merupakan Pengarah Yayasan Islam Terengganu.
 

TERENGGANU DARUL IMAN®