Hamid Albar Brainwash Student Kat Mesir

           Tahniah pada Dato' Seri Syed Hamid Albar serta isteri, Dato' Fauzi dan delegasi rombongan
           kerana menziarahi kami di bumi Mesir. Kehadiran mereka sudah agak lama dinantikan oleh
           sebilangan besar masyarakat pelajar di sini.  Bukannya kami nak hentam dan nak kritik kerajaan.
           Dan tidak bermakna juga kami nak belai dan gosok pihak kerajaan. Tapi rata-rata di kalangan
           kami berhasrat untuk melihat pemimpin negara kami tidak rosak dan tidak terpengaruh dengan
           fahaman kebendaan dan menobatkan kuasa fahaman sekularisme dan melenyapkan ketinggian
           kalimah suci La Ilaha Illa Allah.

           Apa yang menarik sekali, perjumpaan ini diadakan pada musim dan student kat sini panggil
           'fatrah' peperiksaan. Kehadiran boleh dikatakan ramai jika dinisbahkan pada musim ini. Bas - bas
           pengangkutan dari penginapan pelajar di kawasan Hayyu 'Asyir dan Hayyu Sabiek diminta untuk
           membawa pelajar ke Asrama Melayu Abbasiah. ( Mungkin kalau tak ada pengangkutan ini,
           mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar tak akan menjengokkan muka ke sana ).

           Apa yang menarik, sebelum ucapan dari Dato' Seri Syed Hamid Albar. Wakil pelajar Mesir jugak
           ada berucap. Antara yang menarik, beliau memperkenalkan Mesir dan sejarahnya kepada Dato'
           Seri Hamid dan beliau menyatakan di sini adanya Firaun. Kesempatan untuk melawat bumi Firaun
           ini wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya agar memudahkan kita memahami Firaun kat Malaysia.

           Bila sampai jer time Dato' Seri Syed Hamid ini berucap, beliau turut mengulas tentang Firaun.
           dalam nada penuh keinsafan, beliau mengatakan " Bila lihat mayat dan sejarah ketamadunan
           yang dicipta Firaun yang juga mengaku menjadi Tuhan kita rasa diri kita terlalu kerdil dan bagi
           yang berkuasa, mereka tak boleh nak merasakan kuasa mereka kekal, malah mereka juga tak
           boleh nak berterusan dengan sikap angkuh. Kerana Allahlah jua yang kekal ". Dato' Seri Syed
           Hamid Albar memang cakap dengan air muka yang ikhlas. Malah seolah-olahnya beliau juga tak
           sukakan sangat Dato' Seri Dr. Mahathir mengekalkan kuasanya sampai begitu lama. Cukuplah
           kali ning. Kau tu dah tua. Bila-bila masa aje, Allah boleh ambil nyawa. Rasa-rasanya itulah maksud
           Hamid Albar. maklumlah dia jugak menawarkan diri untuk bertanding di jawatan Naib Presiden
           Umno. Mungkin kalau diberikan peluang Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, beliau
           juga salah seorang yang akan merebut jawatan salah satu dari keduanya. Dan besar
           kemungkinan, kesan perjumpaan dan lawatan demi lawatan Hamid Albar ini juga mempunyai
           hasrat untuk mencari pengaruh untuk ke kerusi Naib Presiden Umno. Kalau berjaya diucapkan
           tahniah kerana .... (boleh jadi antara...rujuk SHIT).

           Majlis dialog dengan beliau diadakan selepas ucapan. Tapi gangguan dari PA System pada
           microfon mahasiswa/wi sedikit terganggu hingga menyebabkan mahasiswa terpaksa
           menggunakan suara asli untuk mengemukakan soalan kepada beliau. Tapi beliau kata tak ada
           konspirasi dalam hal tu. Kesian jugak tengok kat TYT Duta yang ke sana ke mari kerana tak
           senang hati dengan pengurusan PA System.

           Soalan-soalan yang dikemukakan banyak. Tapi biasalah tak ada untungnya jugak kat si
           pendengar. Masih tetap nak menegakkan benang yang basah. Contoh terdekat isu tentang
           Harakah. Manalah logiknya beliau mengatakan laporan Harakah tak betul dan sentiasa
           menyebelahi parti pembangkang. Dah memang Harakah lidah rasmi PAS takkanlah Harakah nak
           buat laporan tentang kegiatan Umno. Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan akhbar yang
           paling layak dianggap sebagai akhbar yang tidak mempunyai etika kewartawanan. Ini terbukti
           apabila pendedahan tentang agihan zakat oleh Kerajaan PAS Terengganu. Ambil gambar makcik
           tua yang didakwa diabaikan namanya. Sedangkan apa yang pasti, makcik Nik binti Ali
           mempunyai gelang-gelang emas yang tidak kurang dari lima utas yang disembunyikan antara dua
           pehanya. Dan Makcik Nik binti Ali juga mempunyai seutas rantai emas. Yang jelas Makcik tu dah
           diperalatkan oleh Berita Harian dan BH lebih jelas kepalsuannya. Pasal apa tak sekat sama
           kegiatan Berita Harian dan seumpamanya. Dan kalau BN atau Umno nak buat akhbar, buatlah
           jangan sekat akhbar orang lain. Dan kepada KDN, luluskan segera permit penerbitan akhbar
           Purnama. Nak tipu orang tua yang pekat UMNO tu bleh lah tapi nak tipu anak muda yang belajar
           agama jangan berhasrat.

           Harakah jugak difahamkan tak mengikuti syarat jualan iaitu untuk ahli sahaja. Dan dakwaannya,
           Harakah dijual sebanyak 500 000 naskhah dan mencapai keuntungan yang agak besar. Dan
           melanggar syarat jualan ini tidak wajar berlaku di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
           Takkanlah nak beli Harakah pun nak kena tunjuk sijil keahlian. Dan takkan si penjual  nak tanya
           dulu awak ahli ke tidak. Yang jelasnya, pengaruh PAS begitu ditakuti oleh pemimpin-pemimpin
           UMNO.

           Begitu juga tentang sikap takut. Beliau menyarankan kepada mahasiswa/wi kat sini agar jangan
           amalkan sikap takut. Dan kami kat sini nak seru balik Dato' Seri  Syed Hamid Albar agar jangan
           takutkan kat pengaruh parti lawan. Kekalkan demokrasi. Student kat sini tak boleh nak terima
           hujjah dangkal Dato' Seri.

           Dan banyak lagi........jumpa di lain kali.
 

          * Tambahan sebenarnya makcik  Nik tu dah dua kali ke Makkah...(layak ke terima Zakat?)
              sementara sdr Mohamad Abdullah Di muka 5 BH pada hari yang sama berniaga ikan,memil;iki
              kereta pulak tu.Sekarang ni kalau beliau ke kedai....orang kg akan kata..."orang fakir ada mari tu"