WACANA MINDA - SIRI 14.

Sambungan dari siri 13:-

" TAK AKAN MELAYU  HILANG DI DUNIA  TAPI UMNO YANG HILANG DI DUNIA ".

Tiga pemimpin utama parti Melayu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan
perpecahan di kalangan kaum itu, dakwa penyelaras Barisan Bertindak Melayu (BBM)
Datuk Ibrahim Ali.

"Semua pemimpin bertanggungjawab menghancurkan bangsa kita," katanya, sambil
menyebut nama Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PAS
Datuk Fadzil Noor dan Presiden Parti Keadilan Nasional Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut disebut Menteri Besar Terengganu dan juga Timbalan Presiden PAS Abdul Hadi
Awang.

Ibrahim mendakwa tokoh-tokoh ini membiarkan bangsa Melayu berpecah dalam krisis
politik sekarang.

"Kalau nak berpolitik, berpolitiklah. Tetapi jangan sampai orang lain (kaum
bukan Melayu) menconteng arang ke muka kita," katanya. "Orang Melayu sudah
berada di hujung tanduk. Jangan sampai keris terhunus."

Bekas timbalan menteri itu juga berkata tuntutan jawatankuasa rayuan pilihanraya
Suqiu masih wujud walau Pemuda Umno mendakwa perkara itu telah selesai.  "83
tuntutan (Suqiu) ini jangan dibangkitkan lagi," katanya, sambil mengaku kebaikan
beberapa tuntutan itu. Beliau juga mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan dengan
berkata, "kali ini jika kamu (pemimpin kerajaan) buat silap lagi, orang Melayu
akan bangkit."

Sumpah setia 'Tak Melayu Hilang di Dunia'

Kami umat Melayu beragama Islam berjanji mulai saat ini tidak akan berhasad
dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri kerana
perbezaan fahaman politik, mazhab dan perguruan.

Kami berjanji akan menegakkan syiar Islam sebagai addin. Kami juga berjanji akan
bekerja dengan kuat dan gigih untuk menyara diri dan keluarga kami.

Kami akan meneruskan perjuangan membangunkan agama, membela bangsa dan
mempertahankan kedaulatan negara.

Kami sedia bersaing sesama bangsa kami dan bangsa-bangsa lain secara jujur dan
terhormat menurut hukum dan nilai-nilai agama dan batas-batas yang dituntut oleh
undang-undang negara.

Kami umat Melayu berikrar dan bersumpah setia pada 10 Zulkaedah 1421 Hijrah
bersamaan 4 Februari 2001 untuk:

- mempertahankan dan membela maruah, kepentingan dan martabat bangsa Melayu dan
agama Islam.

- memperjuangkan kepentingan ekonomi bangsa Melayu dalam semua bidang sehingga
seimbang dengan   kaum-kaum lain.

- menyedarkan org Melayu beragama Islam agar meneruskan perjuangan yang belum
selesai berdasarkan prinsip kebenaran, lurus dan jalan yang diredai Allah SWT.

- melindungi dan memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak.
- melindungi dan mempertahankan maruah dan kepentingan negara daripada ancaman
dari luar.

BADAN BERTINDAK MELAYU …. ATAU PENCACAI UMNO@BN YANG TERPINGGIR …… apa kan daya
.. nasi dah jadi bubur kerana mulut badan binasa … segala ucap kata para
juak-juak UMNO@BN di PWTC telah menunjukan mereka ini orang yang kecewa dan
telah dilupakan oleh Mahathir@Mahafiraun …..dan BBM cuba menarik perhatian orang
Melayu dan UMNO@BN …. Secara tidak lansung dan lansungnya BBM secara rasminya
telah :-

1. Mengiktiraf gerakan REFORMASI itu dipihak benar.
2. Mengakui BA dipihak yang benar.
3. Mengakui PAS melaksanakan Dasar Islam dalam pemerintahanya.
4. Mengakui Pemimpin UMNO@BN korup dan gila kuasa.
5. Mengakui Mahathir@Mahafiraun lebih mementingkan diri sendiri serta kroninya
dan tidak mengiktiraf suara hati rakyat bawahan.
6. Mengakui UMNO@BN (barua) telah menyimpang jauh dari dasar perjuangan UMNO
yang sebenarnya.
7. Mengakui Pemimpin Kerajaan tidak berkualiti dan tidak melaksanakan amanah
rakyat untuk memimpin serta memerintah negara.
8. Mengiktiraf segala dakwaan BA dan REFORMASI mengenai salah-laku pemimpin
BARISAN NASIONAL adalah benar dan berasas.
9. Mengakui Islam adalah Addin dan al-quran serta as-sunnah sebagai paksi
pemerintahan Islam yang benar dimuka bumi.

Melalui sumpah setia BBM .. mereka mengakui dan bersumpah bahawa Islam itu benar
…. Kejujuran itu benar … ketelusan itu benar …mempertahankan hak ramai itu
benar….membela maruah Islam dan Melayu itu benar …… tapi kenapakah mereka semua
masih was-was dan takut dengan dasar perjuangan BARISAN ALTERNATIF yang
meletakan Islam sebagai paksinya.

Dan kenapakah mereka mengatakan REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF itu sia-sia dan
tidak mempertahankan Islam sebagai Addin .. sedangkan mereka mengakui bahawa
UMNO@BN sendiri menolak Islam dan membenci rakyat marhaen.

BBM sendiri mengakui Biasiswa kini jadi pinjaman ….. BBM sendiri mengakui
Bill-out MAS itu tidak mengambil kepentingan hak rakyat Malaysia … BBM sendiri
mengakui pemimpin UMNO@BN itu korup …. BBM sendiri mengakui kabinet
Mahathir@Mahafiraun itu tidak betul dan mengamalkan kronisme, nepostisme dan
rasuah ….. BBM sendiri mengakui bahawa Mahathir@Mahafiraun berlaku zalim
terhadap DSAI ….. BBM sendiri mengakui Mahathir@Mahafiraun tidak memperjuangkan
dasar UMNO (tulen) yang mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

Jadi dimanakah letaknya UMNO@BN (barua) kini ….. kalau BBM sendiri terdiri dari
orang-orang lama yang mengasaskan perjuangan UMNO (tulen) …. Yang dimaksudkan
Ghafar Baba , Samad Idris, Haron Idris , Aisah Ghani , Ghazali Shafie, Awang Had
Salleh dan ramai lagi … apa kah yang diperjuangkan oleh UMNO@BN (barua) kini …
dan masihkah kita mahu membenarkan Mahathir@Mahafiraun mengunakan UMNO@BN
(barua) sebagai proxy menghina dan menjatuhkan orang Melayu sendiri.

Apakah BBM sedar semua ini … atau hanya mereka pandai berkata-kata bak burung
belatuk diketuk kepala …???
Dan yang anihnya sehingga hari ini … Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya
bagaikan terkejut beruk dengan desakan BBM …. Sunyi sepi tanpa berita …. Kalau
selalunya Mahathir@Mahafiraun mampu berhujah sehingga berpuluh jam untuk
menangkis serangan terhadap keburukanya ….. tapi kini terkedu dan tanpa berita
darinya …. Atau merancang sesuatu untuk membalas balik tekanan dari BBM …..
walau apapun tindakan Mahathir@Mahafiruan … kita usah ambil peduli … kerana kini
UMNO@BN (barua) sendiri mendapat tentangan dari ahli UMNO (lama) yang mahukan
dia undur serta membebaskan DSAI.

Apa pun alasan yang diberikan oleh Mahathir@Mahafiraun kini …. UMNO@BN kini
telah berpecah dua dari dalam …. Satu kumpulan yang menyokong dia dan satu lagi
kumpulan menentang serta mendesak dia meletakan jawatan dan membebaskan DSAI …
itu lah yang nyata kini .. dan segala sandiwara PERPADUAN MELAYU akhirnya
terbongkar .. apabila BBM sendiri memecahkan tembelang tipu muslihat yang
dicanangkan oleh Mahathir@Mahafiraun  dan juak-juaknya.

Benarlah tindakan KeADILan menolak untuk duduk semeja dengan UMNO@BN dalam isu
PERPADUAN MELAYU … kerana dalam UMNO@BN sendiri sudah tiada perpaduan kerana
golongan lama telah menolak segala dasar yang dicipta oleh UMNO@BN (barua) ..
dan kini perangkap UMNO@BN terhadap PAS … telah mula menjerat diri sendiri ….
Bak kata pepatah tak de angin tiba-tiba pokok bergoyang …. Habis satu dunia
UMNO@BN canangkan mereka bersetuju PAS sertai kompenan BN .. dan PAS telah
bersetuju dengan segala syarat perbincangan isu PERPADUAN MELAYU ….???? Kini
perangkap telah makan tuan …. Dan tiada jalan bagi UMNO@BN untuk melarikan diri
…. Bak kata pepatah ditelan mati mak .. di luah mati bapak ….apa kan daya kerana
mulut badan binasa.

BBM selamat datang ke alam nyata … pinggirkan segala mimpi anda kalian bersama
Mahathir@Mahafiraun .. tinggalkan mimpi palsu tersebut .. berdirilah di muka
bumi yang nyata ini ….. sedarlah kamu … bahawa UMNO@BN itu telah lama
mengkianati orang Islam dan Melayu … ???? dan kembalilah kejalan yang benar lagi
lurus .. lupakanlah cita-cita kamu nak membetulkan UMNO@BN dari lubang najis
yang maha shit itu …. Jangan kamu korban diri seperti DSAI ….. cukuplah kami tak
mahu DSAI yang kedua pula .. kerana DSAI itu seorang sehaja di atas muka bumi
ini … tiada dua baginya.

Perlu diingat pada hari perhimpunan BBM di PWTC .. lebih 200 orang keluar dewan
PWTC apabila kalian mula berucap menyalahkan Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya dalam isu Melayu ini …. Dan telah sah juak-juak Mahathir@Mahafiraun
ini telah terperangkap dalam majlis BBM … dan lebih 200 orang ini tahu bahawa
BBM sendiri menolak Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN (barua) .  Dan kalian juga
perlu sedar pada hari perhimpunan itu .. yang hadir adalah kanak-kanak , pelajar
UiTM yang tak tahu apa-apa, Ahli UMNO@BN yang telah tua dan pemuda dan puteri
UMNO@BN yang tidak tahu apakah itu perjuangan Melayu …. Dan secara totalnya 100%
ahli UMNO@BN yang hadir ……???? Tapi yang paling memeranjatkan dalam perhimpunan
ini …. Teriakan Hidup Melayu diselang-seli dengan takbir Allah Hu Akbar …
mengalahkan ceramah PAS pulak dewan PWTC pada 4hb.Feb.2001 … punyalahlah gamat
dengan teriakan 1000 lebih orang yang tak tahu apakah tujuan perhimpunan ini ..
kerana datang dengan BAS FREE, T'Shirt FREE, Makan FREE dan segala-galanya free
….apa kesah sapu aje leee….???? Makan tanggung………berak
cangkung….he…he..he….!!!!.

Percayalah BARISAN ALTERNATIF bersedia menerima mereka dari BBM …. Tapi dengan
satu janji sumpah setia kepada Allah swt dan ikhlas memperjuangkan Islam ….
Bukan sekadar sandiwara palsu seperti S46 dan jenis Ibrahim Katak …. Kalau kamu
khianati perjuangan REFORMASI dan BA .. percayalah kami semua akan memburu kamu
sehingga ke lubang cacing.

Hari hitam UMNO@BN adalah pada 4hb.Feb.2001 … tetapi kini ia telah menjadi
hitam-legam apabila kezaliman keatas DSAI yang akan dihantar semula kepenjara,
dengan arahkan oleh Dolah Badawi sendiri .. dengan meletakan DSAI ke bilik yang
lebih kecil dan bersebelahan bilik mayat …..adalah satu perbuatan zalim .. dan
masa UMNO@BN HILANG DI DUNIA INI TELAH SAMPAI …. Tak kemana hari
tersebut…percaya lah.

Hidup Islah & Reformasi
Islam Itu Cara Hidup
Berjuanglah wahai rakyat dan bangsa Malaysia kearah Malaysia Yang Adil

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
6hb.Feb.2001-bersambung ke siri 15.