Make your own free website on Tripod.com
ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU

SOALAN-SOALAN DALAM SIDANG PARLIMEN OKTOBER 2000 OLEH AHLI PARLIMEN KEMAMAN SDR. YB ABD RAHMAN BIN YUSOF .

SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN LISAN

1. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan siapakah yang bertanggungjawab
mengarahkan Petronas mencabuli perjanjian dengan Kerajaan Negeri Terengganu dari membayar baki royalti tidak
lewat daripada 1hb. Sepetember 2000 kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Atas peruntukkan kuasa apa yang
membolehkan mereka mengarah Petronas dari membuat pembayaran tersebut.

2. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk
menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat semula pendakwaan, penghakiman dan penghukuman terhadap Dato'
Seri Anwar Ibrahim yang mendapat kutukan seluruh dunia baik dari badan penghakiman antarabangsa, kerajaan,
NGO, ulamak muktabar dan rakyat jelata yang mencemarkan sistem kehakiman negara.

3. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan berapakah jumlah
peruntukan yang disediakan dan jenis-jenis program yang akan dilaksanakan di Terengganu untuk
mempertingkatkan bilangan usahawan Bumiputera terutamanya dari segi pinjaman, pembinaan tapak (unit)
perkedaian dan bengkel dan industri desa.

4. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan susulan Badan
Pencegah Rasuah terhadap kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Balfour Beatty bahawa beliau sendiri yang
menyerahkan cek pembayaran imbuhan kepada seorang Menteri untuk mendapat kontrak Empangan Pergau yang
disiarkan oleh akhbar 'Observer' pada 3hb.September 2000.

5. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia menyatakan :
a) apakah faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia bukan menjadi pilihan utama pelabur industri IT berbanding
dengan negara-negara seperti Hong Kong,Singapura dan Taiwan sedangkan Malaysia terlebih dahulu menawarkan
'Multimedia Super Corridor'.
b) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan ini.

6. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:
a) apakah faktor sebenar yang menyebabkan Malaysia tidak lagi menduduki tangga yang selesa sebagai negara
yang menarik untuk melabur dirantau ini.
b) apakah tindakan kerajaan untuk memulih semula iklim pelaburan yang tidak lagi menarik kepada pelabur asing.

7. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan setelah lebih dua tahun Dato' Seri
Anwar Ibrahim dipecat sebagai Menteri Kewangan mengapa komposit Indeks KLSE tidak banyak berubah atau pulih.
Tidakkah peningkatan mendadak 'Hutang Tidak Berbayar'dalam industri perbankan akhir-akhir ini membuktikan
kegagalan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

8. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengapa
waran yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah kos rendah di Negeri Terengganu dibatalkan. Mengapa rakyat
miskin yang memerlukan perumahan kos rendah mesti dizalimi akibat perubahan kerajaan di Negeri Terengganu.

9. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan kenapa Khazanah Holding membeli
Bank Muamalat yang dikeluarkan perkhidmatannya dari Bank Bumiputra apabila diambil alih oleh Bank Of Commerce.
Mengapa perkhidmatan perbankan tanpa faedah disisihkan dan tidak lagi ditawarkan bersama perkhidmatan lain
oleh bank yang bergabung tersebut.

10. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan untuk mengimbangi bilangan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di Institiut Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS). Sila perincikan peratusan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera mengikut jurusan
pengajian yang menuntut di IPTS dewasa ini.

SOALAN-SOALAN UNTUK JAWAPAN TULIS

1. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan
cadangan-cadangan baru pelaburan serta nilainya di kawasan-kawasan perindustrian Daerah Kemaman. Sila
nyatakan rancangan Kementerian untuk menggalakkan pertumbuhan perindustrian di kawasan ini.

2. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapa
keluasan asal yang diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dan berapa lagi keluasan yang tinggal sekarang ini.

3. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa tindakan tidak diambil
terhadap Perdana Menteri yang berucap di dalam satu perhimpunan tanpa permit di Putra Jaya baru-baru ini yang
menimbulkan ketegangan perkauman. Apakah kenyataan Perdana Menteri bahawa 'ini ialah perhimpunan yang tidak
memukul polis' menjadi alasan yang membolehkan perhimpunan tanpa permit diadakan.

4. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Perdana Menteri menyatakan jenis-jenis pendapatan yang
diperolehi Kerajaan Pusat hasil kegiatan industri petroleum dan gas. Sila nyatakan tabung-tabung Amanah yang
ditubuhkan untuk melindungi kepentingan masa depan industri ini dan generasi akan datang.

5. Y.B. Abd Rahman bin Yusof [Kemaman] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengapa
Kerajaan baru bercadang untuk membuat pelan induk pengurusan sistem sisa buangan sedangkan pengurusan
sistem sisa buangan sudah diswastakan kepada Syarikat Indah Water Konsortium (IWK). Apakah semasa
diswastakan IWK tidak mempunyai pelan induk untuk dilaksanakan yang menyebabkan kegagalannya.

KeADILan
13 Oktober 2000