Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI  :  KAMI BERSAMA TOK GURU

 
 

Politik 'mulut busuk' Rais Yatim

Sebagai seorang yang lahir dalam adat pepatih Negeri Sembilan, Bahasa Rais sungguh tersusun dan mengkagumkan. Indah dan tenang kita mendengarnya. Tetapi kepada mereka yang tahu, apa lagi pernah terlibat dengan perjanjian mengenai royalti minyak tentu merasa mual dan loya dengan gelagak serba tahu Rais Yatim itu. Pada saya, segalapenjelasan Rais itu walaupun ada benar, tetapi ia berbau politik yang keluar dari mulut busuk politik Rais.

Rais telah begitu sekali merestui dirinya digunakan oleh kerajaan Persekutuan untuk membuat penjelasan bagi mengesahkan tindakan ke atas Terengganu. Keseluruhan penjelasan itu bukan bersifat liberal ataupun ingin mencari titik temu sebenar, sebalik satu taktik atau acara untuk mengabui mata rakyat. Penjelasan Rais tidak tidak lebih daripada satu usaha menegakkan benang basah ataupun cuba menyusun cermin yang telah pecah.

Kerajaan Umno/BN memberi beberapa alasan kenapa wang royalti itu terpaksa ditarik balik dan kaedah baru diperkenalkan. Panggilan royalti juga ditukar sebagai wang ihsan. Tindakan itu jelas dibuat semata-mata kerana politik. Ada beberapa sebab kenapa penarikan itu dibuat dan pembayaran cara baru diperkenalkan.

1. Kerana Umno kalah di Terengganu.
2. untuk mengagalkan dan sabotaj kerajaan Pas Terengganu.
3. Untuk memelihara broker dan pemimpin-pemimpin(kronis) Umno Terengganu.

Inilah 3 faktor kenapa royalti itu ditarik balik. Sekiranya Umno masih menang dan berkuasa di Terengganu royalti itu akan berterusan dan kaedah pembayaran juga tidak diubah. Pengubahan dan panggilan juga tidak dilakukan. Tetapi kerana Pas telah menguasai Terengganu maka ia terpaksa ditarik balik dengan serta merta.

Tujuannya tidak syak lagi bagi mengacau kerajaan Pas Terengganu. Seperti mana yang diakui Rais sendiri, apabila royalti itu ditarik balik maka Pas tidak akan dapat memenuhi janjinya didalam manifesto. Harapan Umno apabila Pas tidak dapat memenuhi janjinya, rakyat Terengganu akan marah kepada Pas. Dan ketika itulah Umno akan menangguk ai air keruh.

Kesimpulannya, apapun alasan dan hujah tindakan itu adalah berniat jahat. Penjelasan Rais Yatim itu tidak dapat mengabusi tanggapan rakyat bahawa Umno memang kianat. Percubaan Rais untuk menghalalkan tindakan itu juga tidak berjaya. Kita ingin tanya sekiranya Terengganu tidak berhak menerima royalti itu kerana minyak dihasilkan dari luar kawasan perairan Terengganu, kenapa 22 tahun lalu Terengganu mendapat royalti itu? Dan kenapakah negeri-negeri lain terutamanya Kelantan dan Pahang tidak mendapat wang ihsan berkenaan.
 

Sebahagian petikan Politik 'mulut busuk' Rais Yatim dari majalah Mahathir Gila Minyak.