TERENGGANU DARUL IMAN 
MEMBANGUN MENGIKUT ISLAM
SEGERAKAN MUZAKARAH
spanar2000

KUALA TERENGGANU--- Rata-rata rakyat negeri Terengganu menyahut baik saranan yang dikemukan oleh banyak pehak berkaitan isu muzakarah yang ditimbulkan oleh Perdana Menteri sebaik sahaja selesai Mesyuarat majlis raja-raja melayu sedikit masa dulu.Bagi pehak Pas yang dituduh kononya punca kepada pepecahan melayu,awal-awal lagi telah menyahut malah sentiasa bersedia sejak dulu lagi untuk bermuzakarah dengan UMNO .Perkara ini diulang lagi oleh YB dato'Presiden  ketika Muktamar PAS ke-46 yang diadakan di Kuala Terengganu awal bulan Jun lalu.
Sehingga ke hari ini ,tiada sebarang respon dari pehak UMNOseolah-olah bukan mereka yang menimbulkan perkara ini seawalnya.Seperti kata YAB Menteri Besar Terengganu"Kita amat mengalu-alukan muzakarah dalam apa jua bentuk serta
keadaan sekali pun,kita bersedia bila-bila masa,sejak dahulu lagi ketika isu debat ditimbulkan,""Tidak kira apa tajuk dan dimana jua".Namum begitu akhbar yang sedikit masa dulu bukan main "galak"memainkan isu perpecahan melayu dan Amanat
Hadi nampaknya mula "hilang pala"melarikan diri dari mendesak pehak Kerajaan pusat menganjurkan muzakarah ini.
Tidak sudah hanya menunding jari dari jauh kononya perpecahan melayu bermula dari PAS,ayuh kita berdepan kita cari 
titk bengit,kita jernihkan yang keruh ,kita satukan yang pecah.
       Namum secarah membuktikan orang melayu berpecah kerana UMNo yang primitif itu,wujudnya PArti negara,Parti 46 yang terakhirnya Parti keADILan ,kemana mereka pergi selepas penubuhan ,kita boleh bersama mereka.Cuma UMNO
yang tidak senang dengan kesatuan kita.
          Apakah UMNO tidak bersedia,sekadar memalu gendang tanpa pesilat atau sekadar "test Market".sepertimana
peristiwa debat 1984.
Kita harapkan sungguh-sungguh agar majlis Muzakarah akan terlaksana.
Kerajaan pusat sepatutnya telah merangka majlis ini,atau mungkin boleh diserahkan terus kepada JAKIM.