TERENGGANU DARUL IMAN
MEMBANGUN MENURUT ISLAM
"BERSAMA MENGISI KEMENANGAN"

KITA MAHU MUZAKARAH
 

KOTA BAHARU, 30 Julai  -- Timbalan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kenyataan yang dibuatnya 19 tahun lalu berhubung isu kafir tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana individu.
 

Katanya kenyataannya di Kampung Banggol Peradong pada 1981 itu bukanlah satu fatwa tetapi sebaliknya ia satu ucapan.

"Saya tidak sebut si anu murtad, si anu kafir. Mana ada dalam amanat itu,"katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyertai majlis perbincangan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Fadzil Noor sempena muktamar tahunan parti itu yang diadakan di Terengganu awal bulan lalu.

Jumaat lalu Timbalan Presiden Umno Datuk Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata Abdul Hadi harus menarik balik fatwa dalam amanatnya yang mengkafirkanorang Umno kerana fatwa itu telah menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Hadi berkata PAS sedia untuk bermuzakarah berhubung isu berkenaan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sekalipun.

"Kita mahu muzakarah...sama ada tarik atau tidak, (kita perlu) muzakarah,"kata Abdul Hadi.

Majlis perbincangan itu disertai lebih 300 wakil rakyat PAS dan anggota badan perhubungan parti itu dari seluruh negara dan dirasmikan oleh Fadzil.