Make your own free website on Tripod.com
 
Terengganu Dalam Kabinet  Malaysia.

Saya terpanggil untuk mengulas beberapa isu utama Terengganu.
Ulasan saya akan mengambilkira sejarahdan hak serta sentimen saya sendiri sebagai seorang perantau yang berasal dan berketurunan dari Negeri Panji Hitam yang InsyaAllah senantiasa dibawah Pemeliharaan Allah.

Kabinet Malaysia.

Kenapa tidak ada seorang pun rakyat Terengganu berada dalam Kabinet Malaysia. 
Jangan buat alasan kerana tidak ada Ahli Parlimen BN dari Terengganu. Sejak 1995 lagi (MP BN 7, MP PAS 1) rakyat Terengganu tidak ada dalam Kabinet Malaysia.

Mesyuarat Kabinet adalah mesyuarat yang paling tinggi sekali bagi sesebuah negara.  Keahliannya perlulah tidak bercanggah dengan mana-mana semangat perlembagaan supaya keputusan yang diambil tidak dipersoalkan.
 

Sejarah Malaysia dan Terengganu.

Sejarah telah menbuktikan bahawa Terengganu adalah negeri terakhir di dunia Islam (yang terjajah) menerima Penasihat British (dijajah). Selepas penubuhan Malaya kemudian Persekutuan Tanah Melayu serta Kemendekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 negara kita diwakili oleh 
1).   Bekas Negeri negeri Selat  (P. Pinang & Melaka)
2). Negeri Melayu Bersekutu FMS ( Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan)
3).  Negeri Melayu Tak Bersekutu  ( Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan, Perlis)  

Semangat yang terkandung dalam Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ada mengariskan hak-hak tertentu yang jelas berbeza dan tak sama antara ketiga-tiga kompenen yang menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Sebagi contoh  hak  Kerajaan Negeri bagi negeri Terengganu adalah lebih luas/kuat daripada kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pahang. Contoh nya  pelantikan SUK, Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dan lain-lain pegawai diperingat negeri adalah bidang kuasa penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN). Itu lah sebabnya SUK Kelantan adalah orang Kelantan. Tetapi SUK dan Pegawai Daerah di Negeri Perak adalah dibawah kuasa dan kehendak pusat.
Ini sebagai contoh pembahagian kuasa dan hak yang telah lama kita amalkan.

Selepas Kemendekaan Persekutuan Tanah Melayu (kemudian selepas ini dikenali sebagai Semenanjung)  British atas beberapa sebab juga hendak memendekakan ketiga-tiga lagi Tanah Jajahannya disebelah sini. Dipendekkan cerita September 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak diberikan kemendekaan melalui Pembentukan Malaysia. Negara Malaysia dibentuk oleh 4 wilayah dibawah kaedah Persekutuan. Pembahagian Wilayah tersebut ialah Semenanjung, Singapura, Sabah dan Sarawak.  Kerajaan Negeri Singapura, Sabah dan Sarawak menpunyai kuasa autonomi yang luas. Contohnya dibidang Imigresen. Mana-mana rakyat dari salah satu wilayah yang 4 ini hendak memasuki mana-mana wilayah hendak menpunyai Dokumen Perjalanan Terhad (Pasport Terhad) Orang Sabah hendak ke Sarawak perlu guna Pasport. Dan lain-lain lagi keistimewaan rakyat dan kerajaan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Antara isu terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah  berkaitan pembahagian bilangan kerusi di Parlimen Malaysia. Pada pandangan Singapura bilangan kerusi di Parlimen hendaklah dibahagi 4. Iaitu jika 100 kerusi di Parlimen maka pembahagiannya (25 Semenanjung, 25 Sabah, 25 Sarawak, 25 Singapura). Jadi tinggallah Malaysia dengan 3 Wilayah iaitu  Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sementara Semenanjung pula terdiri dari 3 status asal iaitu Negeri Selat, Bersekutu dan TakBersekutu.  Kedudukan Terengganu adalah Negeri Tak Bersekutu Wilayah Semenanjung dalam Pesekutuan Malaysia.
Ini adalah sejarah dan contoh bagaimana perjanjian pembahagian kuasa dan hak itu perlu dihormati.
 

Persoalan ?

0.   Layakkah Kabinet sekarang (Tidak boleh panggil Kabinet Malaysia kerana tidak mewakili semua pihak dan becanggah dengan semangat persekutuan) menbuat keputusan yang didalam mesyuarat itu tidak ada pun orang Terengganu. 
1. Pernahkah dalam sejarah sebelum Zaman Mahathir ini Negeri Terengganu tidak diwakili (dinafikan haknya) dalam Kabinet Malaysia.
2. Mengapa Mahathir  tidak menhormati dan menbelakangkan hak yang telah termaktud dalam Perlembangan.
3. Jika penjuang (orang Terengganu) Kemendekaan dulu masih hidup belum tentu mereka mahu  menyertai Persekutuan Tanah Melayu kalu begini lah layanan Kerajaan Pusat.
4. Sikap UMNO Terengganu sendiri. Apakah mereka ini pembela rakyat atau Pengkianat/ Petualang Rakyat. Sendiri mahu jawab. 
5. Untuk UMNO Terengganu, Kamu terhengek-hengek nok buat baik dengan UMNO Pusat, Mahathir tak pandang pung ke mung. 

Sampai sini dulu, 

Esok Insya Allah 
Persoalan bagaimana Royalti Minyak telah dibelanjakan oleh Mahathir melalui Wan Mokhtar. Dan Kenapa Kerajaan UMNO  menpersoalkan bagaimana Kerajaan Rakyat Terengganu akan menguruskan hak mereka ini.
 

Megat Panji
HitamDari Timur