KIBARAN PANJI HITAM 
(siri 2)
EHSAN?  UMNO UNTUK TERENGGANU.

Jika  benar-benar UMNO/ Kerajaan Pusat bersifat ehsan kepada rakyat terengganu
Tindakan-tindakan pembetulan berikut perlu dijalankan.

1).  Empangan Kenyir.

Pampasan yang sewajarnya perlu berikan. Mana patut  kelantan dapat RM32 juta (masa PAS perintah) dan Terengganu dapat RM 1 juta (masa UMNO perintah) sedangkan Empangan Terengganu (tasik Kenyir) lebih luas dari empangan pergau.

2).   Pelabuhan Kemaman (Kemaman Supply Base - KSB).

Satu-satunya Pelabuhan di Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu (masa UMNO) melalui PMINT. Mungkin dari duit minyak. Bila siap dan maju, kerajaan pusat  ambilalih dan diletak dibawah Pelabuhan Kuantan. Bila banyak bantahan (diketuai oleh PAS) maka diswastakan. HISBAH tolong semak balik cara dan kaedah penswastaan tersebut. Difahamkan wujud unsur ketidakwajarannya.  
Kerajaan Pusat terutama UMNO Terengganu (wan Mukhtar) perlu meyerahkan kembali KSB ini kepada rakyat terengganu dan menbayar gantirugi kerana tindakan terlalu bodoh Wan Mukhtar/UMNO Terengganu menyerahkan KSB dan seterusnay mengswastakan KSB ini.
 

3). KUSZA

Yang Pertama dan satu-satu nya IPTA yang dibina sendiri oleh Kerajaan Negeri di Malaysia pada waktu itu (pertengahan tahun 1980an). Juga mengunakan duit minyak.  Lain-lain negeri, Universiti dibina oleh kerajaan Pusat (pendidikan –kuasa dan tanggungjawab kerajaan Pusat). Tapi Wan Mukhtar/UMNO terengganu baik hati sangat dan tak tahu guna duit minyak maka buat IPTA yang sepatutnya ia tak buat (bukan sedikit duit habis).
Wan Mukhtar/UMNO Terengganu perlu menbayar semula belanja untuk menbiayai KUSZA kerana pembasmian kemiskinan dikalangan rakyat terengganu perlu diutamakan bukannya buat IPTA yang menjadi tugas kerajaan pusat.

4).  TATI/TESDEC 

Kesnya sama di atas, Wan Mukhtar gatal-gatal bina dan biayai benda yang menjadi tanggongjawab Pusat kenapa. Negeri lain lama dah dapat politeknik, IKM dan lain-lain  apa sebab Terengganu kena buat sendiri . Dan Guna duit minyak pulak tu.
   

5). PERWAJA.

Nama asal ialah Perwaja Terengganu, saham kerajaan negeri terengganu paling banyak, bila dah okey sikit, Kementerian Kewangan melalui HICOM menguasainya, saham kerajaan terengganu menjadi kurang dan dihantar Eric Chia untuk menjadi proksi Mahathir dan ditukar nama jadi PERWAJA STEEL. Wan Mukthar punya bodoh, syor Sultan Terengganu bagi datok. Masa tu tadak orang berani kacau Eric Chia (Proksi Mahathir) semua Eric Chia buat adalah betul kerana ianya datang dari Mahathir. Antara nya buka kilang PERWAJA  dan kilang paku di Gurun Kedah (Adakah kerajaan Negeri Kedah melabur dalam PERWAJA – tanya Mahathir dia tahu jawabannya). Kos angkut besi dari Kemaman ke Gurun adalah besar. Tapi itu lah kehendak Mahathir. Ini lah antara sebab PERWAJA rugi besar. PAS sangat menentang operasi mengangkut besi ini kerana ia adalah kerja bodoh.  Kemudian PERWAJA rugi besar dan datang MAJU dll bantu biawak hidup ini. Lambang PERWAJA bertukar jadi Lambang MAJU sengat.  Yang nok tanya ini ialah bagaimana dengan % saham Terengganu dalam Perwaja (MAJU) ini. Sudah tentu semakin kurang.

Dan yang paling bodohnya Wan Mukhtar/UMNO Terengganu ialah dah tahu PERWAJA macam tu biayailah pulak GUNAWAN Steel.  Kedah dan lain negeri tak berani melabur  kita  mentang banyak dapat duit minyak melabur. Kini apa sudah jadi dengan Gunawan Steel, bagaimana pegangan saham  Terengganu di Gunawan.

Mentang-mentanglah duit minyak  yang sepautnya dibelanjakan untuk rakyat, UMNO & Mahathir arahkan Wan Mukthar untuk melabur dalam Industri untuk Kroninya sahaja.

Jadi sekarang apa UMNO patut buat?
Kena bayar semula kerugian yang ditanggung oleh rakyat terengganu kerana pelaburan yang bodoh ini di PERWAJA dan Gunawan Steel. Pertamanya suruh Eric Chia bayar kalau tak cukup suruh Wan Mukhtar kalau tak cukup minta UMNO Terengganu bayar (jual bangunan dan lain-lain). Kalau tak cukup lagi suruh Mahathir letak jawatan dan gadai semua harta dia dan anak dia untuk bayar HUTANG nya kepada rakyat Terengganu.  Selain itu minta Kerajaan Negeri Kedah suntik duit dan beli saham Perwaja di Gurun.

Ini tidak,  Projek Rugi suruh Terengganu masuk guna duit minyak, projek untung (MODENAS) suruh kerajaan kedah melabur. Mana aci.

Sekolah Agama.

Beberapa sekolah Menengah Agama yang pada asalnya adalah pondok kemudian dinaikkan taraf jadi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri. Kemudian pada zaman Wan Mukhtar /UMNO Terengganu berkuasa, beberapa buat sekolah tersebut telah diserahkan untuk ditadbirkan oleh kerajaan pusat (ada niat busuk disebaliknya – mungkin Wan Mukhtar adalah proksi Yahudi (macam Gur Dur),  Mahathir dah tentulah proksi Yahudi yang paling disayangi oleh Amerika melebihi Lee Kuang Yu). Contoh sekolah tersebut ialah SMU Durian Guling.

UMNO Terengganu mesti meminta kerajaan pusat menyerah kembali Sekolah-sekolah tersebut. Kalau dia nok buat sekolah Ugama, sila buat hok lain atau tukar mana-mana Sek. Men. Keb jadi Sek Men Agama. Mungkan kaya dan berkuasa serta pandai mengurus kewangan. 
Jadi jangan lah ambil alih Sekolah Agama yang sediaada kerana kebanyakan nya berasal dari kepunyaan rakyat (Individu).  
 

Sekian dulu untuk hari ini Esok Insya Allah jumpa lagi

“Tandatanda Panji  Kita akan berkibar di Baitulmakdis semakin terserlah”. 

Megat Panji Hitam dari timur