Make your own free website on Tripod.com

ROYALTI : KAMI BERSAMA TOK GURU
Rela kena saman untuk cari rezeki
Oleh Khairul Azlam Mohmad

KUALA TERENGGANU, 20 Nov (hrkh) - Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) diminta mengkaji serta menyediakan tempat yang lebih sesuai kepada para peniaga kuih-muih di Pasar Besar Payang Kuala Terengganu.
Meskipun, tempat khas kepada para peniaga kuih telah disediakan di tingkat satu bangunan tersebut tetapi ia dikatakan tidak sesuai.

Tinjauan Harakah bersama Adun Bandar, Azmi Lop Yusuf mendapati, para peniaga kuih lebih berminat menjaja di kaki lima pasar berkenaan.Seorang peniaga, Puan Khatijah Mohamad, 46, berkata tempat peniagaan yang disediakan oleh pihak MPKT di tingkat satu tidak sesuai bagi penjaja kuih.
Katanya, keadaan bangku yang agak tinggi, tempat terlindung serta kurang kedatangan para pengunjung dan pembeli.

"Saya rela kena saman MPKT demi mencari rezeki yang halal," ujarnya kepada Encik Azmi ketika melawat para peniaga pasar tersebut. Beliau mendakwa, pernah beberapa kali disaman oleh pihak berkuasa serta dirampas barang jualannya ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
Rakannya yang enggan disebut nama merayu, kerajaan serta pihak berkuasa tempatan prihatin terhadap masalah para peniaga kuih.Katanya, tempat sesuai amat diperlukan bagi para peniaga kuih yang bergantung hidup menyara keluarga dengan hasil jualan tersebut.
"Saya telah hampir 20 tahun menjual kuih-muih di pasar ini sebelum Pasar Besar Payang diperbesarkan lagi," ujarnya kepada Harakah. Sehubungan itu, di bahagian para peniaga ikan turut merungut tentang masalah bangku jualan yang tidak sesuai.
Mereka berpendapat, keadaan bangku yang agak tinggi serta susunan yang tidak serasi kepada peniaga dan pembeli.
"Kami (peniaga) terpaksa berniaga di kaki lima bagi memudahkan urusan jual beli," kata seorang peniaga ikan, Mohamad Salleh.Adun Bandar, Encik Azmi Lop mengambil masa lebih satu jam meninjau serta mendengar masalah para peniaga di pasar tersebut. Namun begitu, masih terdapat di kalangan para peniaga yang belum mengenali beliau sebagai Adun Bandar sebelum diperkenalkan.

Harakah dimaklumkan, masalah para peniaga di pasar berkenaan berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan aduan yang dibuat kurang mendapat perhatian pihak berkuasa.