Make your own free website on Tripod.com

 
 
 

 

 KERAJAAN NEGERI ROBOHKAN PATUNG PENYU
 

 KUALA TERENGGANU, 1 Mac  -- Patung penyu gergasi di
 Bulatan Ladang, yang telah 25 tahun menjadi mercu tanda
 Terengganu, hari ini dialihkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri
 untuk disimpan di bengkel JKR Marang. 

 Patung penyu sepanjang tiga meter itu, yang diperbuat daripada
 besi, dialihkan kira-kira pukul 5.30 petang ini oleh tujuh pekerja JKR
 dengan menggunakan sebuah jentolak dan sebuah lori. 

 Difahamkan patung itu akan disimpan di bengkel itu sehingga
 arahan selanjutnya dikeluarkan. 

 Pihak media yang turut berada di situ bagaimanapun tidak
 memperolehi sebarang maklumbalas daripada pekerja JKR itu yang
 hanya mendiamkan diri ketika ditanya mengenai arahan
 mengalihkan patung penyu itu. 

 Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan
 Pelancongan negeri Wan Hassan Mohd Ramli juga tidak dapat
 dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya. 

 Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 20 Dis
 lepas, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dari pihak
 kerajaan negeri pimpinan PAS(YB Ustaz Saiful Bahari-PAS Paka) mencadangkan supaya patung penyu
 itu dirobohkan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. 
          Ini merupakan satu langkah bijak yang telah diambil oleh kerajaan
negeri didalam memastikan tidak ada perkara-perkara kurafat
yang menjadi pujaan rakyat negeri.Menurut satu sumber,Fatwa mengenai
patung penyu ini telah lama dikeluarkan oleh Shahabul samahah
Dato' Mufti,tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan sebelum ini.
          Penduduk sekitar yang ditemui rata-rata memuji langkah bijak yang telah diambil  oleh kerajaan negeri.Hanya mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa patung penyu tersebut adalah haram yang nyata
disisi Islam.
 

 

TERENGGANU DARUL IMAN®