Kaji Peluang Pekerjaan Untuk Penduduk Tempatan di KERTEH.

Perlunya kajian terperinci dibuat oleh kerajaan berkenaan peratusan penglibatan penduduk tempatan dalam industri petroleum di Kerteh. Dipandang secara kasar bila disebut Industri Petroleum, maka akan terbayang oleh masyarakat iaitu kerja-kerja dikilang-kilang. Sebenar dalam pembinaan kilang-kilang tersebut memerlukan lebih ramai tenaga pekerja dari bilangan kakitangan yang perlu untuk mengendalikan kilang tersebut.

Apa yang ingin saya sentuh disini ialah penglibatan penduduk tempatan dalan pembinaan projek kilang-kilang berasas petroleum tersebut. Antara kontraktor yang besar yang terlibat dalam pembinaan tersebut ialah Samsung, Technip, Toyo, Bechtel Bina, Dialog dan Projass. Disamping sub-sub kontraktor yang semuanya ‘public listed company’ seperti Nam Fatt, Sumatec dan lain-lain.

Kalau dibuat bancian secara kasar ditapak-tapak bina dari peringkat bawah hingga keatas, maka dari segi loghat percakapan kadar peratusan yang bercakap loghat Terengganu masih kurang.

Apakah anak Terengganu tidak berkelayakan untuk bekerja dalam industri seperti ini?
Dimanakah perginya penduduk tempatan.

Maka pernah ada pihak yang telah membuat bancian pekerja disebuah syarikat. Maka dimaklumkan bahawa semua pekerja adalah penduduk tempatan kerana semua beralamat di Kerteh dan Paka.

Amalan ‘kronisme’ yang menjadi budaya UMNO banyak diamalkan dalam pemilihan pekerja. Pekerja tempatan hanya diambil bila keadaan terdesak dari segi masa atau telah habis ‘kroni’ diambil. Amalan ini bukan saja diamalkan oleh syarikat pembinaan malahan juga diamalkan oleh Petronas sendiri. Terdapat banyak jawatan yang dipegang oleh ‘kroni-kroni’ tidak berkaitan langsung dengan bidang mereka dan juga tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya.

Maka setelah diselidik mereka ada ‘cable-cable’ yang besar dalam Petronas. Pemilihan anak tempatan hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja. Cuba bayangkan seorang yang memiliki kelulusan dalam bidang jentera ditugaskan mengawal kerja kejuruteraan awam atau bangunan…apa yang dia tahu.

Terdapat banyak bidangibidang yang peratusan penyertaan anak tempatan masih kurang seperti supervisor, inspector, jurutera. Kadar peratusannya amatlah kurang.

Jika langkah-langkah perlu tidak diambil oleh kerajaan , maka akan ramailah anak Terengganu terlepas peluang ditempat sendiri dan kalau projek berpindah di negeri lain maka makin payahlah peluang untuk bekerja