Pegawai Agama Minta dihargai


Assalamualaikum...
Baru-baru ini saya telah menziarahi seorang sahabat saya seorang Peg. Jabatan Agama terengganu sempena hari raya Aidil Fitri 1421..Dalam bercakap-cakap dia menyuarakan isi hati pegawai-pegawai Jabatan Agama Terengganu yang terasa terpinggir dan terus dipinggir..kalau dulu dizaman pemerintahan kerajaan lama pegawai tadbir agama dipinggir dan dibezakan baik dari segi kemudahan-kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan..yang tidak perlu dijelaskan..dan ianya masih berlaku sekarang...sebelum kegawatan isu royalti, kerajaan dibawah Pimpinan YAB Tuan Guru telah meluluskan bagi setiap pegawai Tadbir Negeri berhak mendapat pembayaran Bil Telefon Bimbit mengikut kategori...RM 100.00 dan RM200.00 tapi bagi pegawai Tadbir Agama pekeliling ini tidak dipanjangkan..dan yang terbaru Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra Idul fitri di Kediaman Seri Iman (Kediaman Rasmi YAB)pada 14/01/2001 baru-baru ini pegawai tadbir agama tidak dijemput..sedangkan dizaman kerajaan dulu setiap pegawai tadbir agama menerima kad jemputan dan satu lagi baru-baru ini pentadbiran negeri mengadakan satu majlis taklimat untuk menjelaskan Dasar-dasar kerajaan kepada pegawai-pegawai tadbir negeri namun pegawai tadbir agama tidak dijemput..bagaimana ini boleh berlaku..sedangkan peranan pegawai tadbir agama negeri juga tidak kurang hebatnya...lebih-lebih lagi sekarang dalam hal-hal pelantikan J/Kuasa masjid pegawai-pegawai tadbir agama lah yang dulu dihentam dan diherdik oleh orang ramai. Justeru itu saya menyampaikan hasrat pegawai ini kepada YAB TUan Guru, janganlah dibeza-bezakan pegawai tadbir agama negeri kerana peranan mereka dan jasa mereka juga amat besar kepada pihak Kerajaan.
 

watchdog