AYOH!!!  BANGKITLAH !!! KITA  SUDAH  TERPERANGKAP  OLEH  MAHATHIR !!!

Dalam pengamatan saya terhadap beberapa peristiwa yang berlaku dalam negara jelas dan terang menunjukkan bahawa
Mahathir dan kuncu-kuncunya telah sedikit sebanyak berjaya memperdayakan atau mengalih pandangan rakyat terhadap
KEZALIMAN, PENYELEWENGAN, SALAH GUNAKUASA DAN RASUAH  yang beliau telah, sedang dan akan
lakukan.

Kalau kita perhatikan rentetan peristiwa-peristiwa ini sedarlah kita bahawa rakyat terkeliru dengan isu sebenar yang berlaku
dalam negara dan bagaimana untuk menangani masalah tersebut.

Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman 6 + 9 = 15 tahun penjara, Mahathir dan kuncu-kuncunya sedaya upaya
cuba mengalihkan pandangan rakyat dari membicarakan isu ini. Maka beliau pecahkan masyarakat dengan pelbagai isu sehingga
isu kezaliman terhadap DSAI tidak mempunyai 'impact' kepada kebangkitan penentangan rakyat terhadap tindakan zalim beliau.

Masyarakat dialihkan pandangan kepada isu rompakan senjata di Sauk, Grik seolah-olah Mahathir dan pemimpin-pemimpin
UMNO menjadi sasaran kepada keganasan pelampau-pelampau Islam yang di kepalai oleh seorang bekas tentera. Majlis
tertinggi UMNO yang pada waktu itu akan mengadakan mesyuaratnya di Ipoh. Akibat daripada isu ini tentera yang bersimpati
dengan DSAI menjadi serba salah untuk menzahirkan sokongan terbuka mereka kerana terperangkap dengan isu
pencerobohan ke dalam kem mereka sendiri. Ini melibatkan maruah angkatan tentera walaupun ia merupakan drama arahan
Mahathir. Mana-mana tentera yang menunjukkan simpati kepada DSAI dilabelkan sebagai ada kaitan dengan kumpulan ini atau
pelampau Islam. Kebangkitan tentera menentang kezaliman Mahathir dapat disejukkan atau dialihkan dengan isu dalaman
angkatan tentera.

Masyarakat Cina dialihkan dengan isu kemarahan orang Melayu kerana  mempersoalkan Hak Istimewa Orang Melayu. Walau
pun gagal meraih sokongan orang Melayu untuk memanjangkan isu ini tetapi masyarakat Cina dibawa untuk membicarakan
masalah dalaman masyarakat mereka sendiri iaitu dengan isu-isu  'Pill estascy', 'dadah',  'video-game haram' dan sebagainya.
Jadi, masyarakat Cina hari ini sibuk dengan polimik politik yang mempersoalkan siapa yang bersalah di kalangan
pemimpin-pemimpin masyarakat mereka.( Sebenarnya masalah ini lebih dahsyat lagi di kalangan orang Melayu tetapi tidak
menjadi kudis-gatal di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang menghadapi masalah yang lebih serius lagi). Jadi masyarakat
Cina hari ini tidak banyak lagi bercakap tentang kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan Mahathir dan
kuncu-kuncunya tetapi banyak tertumpu kepada masalah dalaman masyarakat mereka sendiri.

Masyarakat India pula diungkitkan dengan isu keganasan yang meningkat dalam masyarakat mereka. Maka orang India hari ini
sibuk dengan perbincangan mengenai masalah masyarakat mereka akibat daripada kemiskinan, keciciran pelajaran dan
penindasan  pemimpin-pemimpin mereka. Mereka tidak berupaya membicarakan soal kezaliman, rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa pimpinan negara. Mereka mudah diugut dan digula-gulakan oleh Samy Vellu yang kaya raya itu hasil dari
rasuah dan penyalahgunaan kuasanya bersama Mahathir dan kuncu-kuncunya.

PAS pula diserang dengan isu 'Royalti'  yang menyebabkan mereka 'caught off-balance'. Harapan PAS untuk menjadi pimpinan
contoh sebagai pimpinan Bersih, Telus dan Cekap terbantut akibat daripada penarikan 'Royalti' minyak ini.  Mahathir, UMNO
dan BN tidak akan memberi ruang kepada PAS untuk menjadi pimpinan contoh. Contoh kepimpinan Islam tidak akan
sekali-kali diberi ruang untuk bertapak. Maka harapan rakyat untuk melihat keberkesanan kepimpinan Barisan Alternatif dalam
membangkitkan semula kegemilangan bangsa Melayu berkecai. Pendekatan pimpinan PAS  yang lebih tertumpu dengan
memberi khidmat terbaik kepada masyarakat melalui hasil kekayaan minyak tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. PAS
terpaksa turun padang dan meraih sokongan untuk menentang kezaliman Mahathir dan UMNO terhadap orang Melayu dan
rakyat Negeri Terengganu dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan usaha-usaha PAS untuk menjadi pimpinan Alternatif
kepada UMNO melalui teladan. Maka PAS terpaksa membawa isu 'Royalti' dan melupakan seketika pelaksanaan
program-program untuk memajukan ummah dan isu-isu lain seperti pembelaan terhadap DSAI, penyalahgunaan kuasa,
penyelewangan dan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN dan sebagainya yang melanda negara masa kini..
Walaupun dalam jangka panjang ini menguntungkan PAS tetapi dalam jangka pendek ini memberi ruang dan masa kepada
UMNO dan BN untuk 'berkemas rumah'.

Setelah berjaya 'mengkompartmentkan' atau memperkotak-katikkan masyarakat dengan masalah masing-masing maka
Mahathir dapat melaksanakan agendanya dengan mudah. Pertamanya beliau memperkudakan BPR untuk membersihkan dirinya
bersama sahabat baik beliau Eric Chia  dari tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam PERWAJA.
Masyarakat terpedaya dengan kesungguhan BPR menangani isu 'LESEN TERBANG' hingga tidak tersedar dengan kenyataan
Dato' Zaki Hussein,  Ketua Pengarah BPR bahawa tidak ada kes penyelewengan dalam PERWAJA oleh Mahathir dan sahabat
kesayangannya Eric Chia walaupun jelas dan terang dalam laporan Price Waterhouse membuktikan bahawa Mahathir membuat
banyak arahan bertulis apatah lagi lisan kepada  Eric Chia untuk membuat bayaran tertentu kepada pihak-pihak tertentu. Juga
Eric Chia banyak memberi kontrak tanpa melalui prosidur yang dibenarkan. Sekali lagi Dato' Zaki Husin sanggup menjadi
BARUAH dan KUDA TUNGGANGAN Mahathir. Mahathir dibersihkan sekali lagi oleh BPR selepas kes pembongkaran
perlakuan  rasuah Mahathir oleh Dato' Shafie Yahya di mahkamah dalam perbicaraan terhadap DSAI.

Mahathir hari ini memperkenalkan dirinya sebagai Pejuang Islam sebenar dengan membuat seruan JIHAD dan dalam masa yang
sama memberi ruang dan masa kepada Qarun beliau  Daim Zainuddin meneruskan agenda menghapuskan kekayaan orang
Melayu di Tanah Melayu (Sila baca artikel saya bertajuk Skandal Danaharta dan Danamodal) dan banyak lagi skandal-skandal
lain seperti penswastaan perkhidmatan dan pembinaan Hospital dan pelbagai lagi yang akan didedahkan dari masa ke semasa.

UMNO melaksanakan perancangan-perancangan yang akan dilaksanakan oleh PAS seperti pengharaman arked video,
menangani isu murtad, menangani gejala sosial di kalangan masyarakat Melayu dan pelbagai lagi dan dalam masa yang sama
mempertahankan pemimpin-pemimpin yang rosak akhlak dan tidak bermoral. UMNO akan diperlihatkan sebagai sebuah parti
yang lebih Islamik dari PAS sedang pelaksananya terdiri daripada mereka yang menentang nilai-nilai Islam apatah lagi dari segi
penghayatannya. Lihat saja, isteri Mahathir, isteri Dollah Badawi, isteri Najib, Rafidah, Sharizat dan mereka-mereka yang
sewaktu dengannya.

Di peringkat bahawan pula UMNO diperlihatkan sebagai pendokong reformasi untuk membuat perubahan besar-besaran
hingga ke peringkat akar umbi dan dalam masa yang sama mempertahankan pimpinan yang gila kuasa, rasuah, menyeleweng
dan meyalahguna kuasa.

PAS dan KeADILan dilabel sebagai pemfitnah untuk mengalihkan pandangan masyarakat daripada perbuatan FITNAH
TERBESAR  Negara oleh Mahathir terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan banyak lagi akan digambarkan seolah-olah
UMNO dan pimpinannya sudah berubah untuk mengelirukan rakyat.

Jadi sampai lah masanya untuk kita memikir semula akan langkah-langkah kita agar tidak terjebak kedalam perangkap mereka
untuk mengalihkan tenaga kita dalam penentangan terhadap kepimpinan UMNO dan BN yang ZALIM dan KEJAM ini.

1)   KeADILan mempunyai isu besar untuk dibawa iaitu isu kezaliman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.
2)   PAS mempunyai isu besar iaitu isu 'Royalti Minyak dan Gas' yang merupakan kezaliman terhadap BANGSA  MELAYU
dan  rakyat Negeri Terengganu.
3)    DAP mempunyai isu besar iaitu pertuduhan Mahathir terhadap SIQUI sebagai komunis dan pengkhianatan BN terhadap
janji mereka kepada masyarakat Cina.

Melalui isu-isu ini dan digabungkan dengan  isu rasuah, penyalahgunaankuasa dan penyelewengan pimpinan negara yang mesti
diperjuangkan oleh semua,  maka :

AYOH  KITA  TURUN  PADANG  DAN  GEMPUR  MEREKA  DARI SEMUA  ARAH !!!!

JANGAN  BERI  RUANG  KEPADA  MEREKA  UNTUK  MENGELIRUKAN  KITA !!!!

KERAJAAN  UMNO  DAN  BN  TETAP  KERAJAAN  ZALIM  DAN  KEJAM !!!!

MEREKA  TIDAK  AKAN  BERUBAH!!!   KITA  MESTI  MEREBAHKAN  MEREKA!!!

TAKBIR!!!   TAKBIR!!!   TAKBIR!!!

ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!

Wassallam.

Oleh :   Awang Siber