Make your own free website on Tripod.com
 


ROYALTI KAMI BERSAMA TOK GURU

Perjuangan Yang Tak Perlu Selesai :

Mahathir memang sudah keletihan. Ibarat lembu tua yang tercungap-cungap menarik kereta pusing keliling membawa pelancong yang kepingin menaiki kereta lembu ataupun hanya untuk dilihat pelancong ( macam di Melaka ).

Mahathir tidak dapat lagi memikul tugasnya sebagai Perdana Menteri sehingga kerja tersebut diserahkan kepada Dollah Badaui. Tugas yang beliau buat untuk memantapkan parti yang kununnya ditinggalkan oleh rakyat khususnya Melayu. Mahathir kata UMNO sekarang bermasaalah. Menurutnya masalah UMNO memang perlu diselesaikan . Itu kata Mahathir kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media tetapi bukan itu tujuan Mahathir kerana dia tahu UMNO bukan masalah sebenar. Masalahnya ialah dirinya sendiri dan kroninya. Dia mahu memastikan kesetiaan ahli parti tersebut kepada beliau kalau boleh setia dunia akhirat. Hari ini pindaan perlembagaan UMNO dibuat salah satunya ialah pemilihan jawatan didalam parti dibuat sekali dalam setiap pilihanraya ertinya 5 tahun sekali. Inilah kerja beliau sebagai Perdana Menteri untuk memantapkan parti kununnya agar kedudukan beliau tidak tergugat dan selamat serta memastikan penggantinya tidak seperti BJ Habibei kerana silap haribulan takut kalau-kalau menjadi Suharto yang diheret ke mahkamah walaupun sakit yang tenat Pengalamannya pernah disapina untuk menjadi saksi di mahkamah terpaksa berdolak-dalih kerana ketakutan, inikan pula diseret kemahkamah dengan 1001 pertuduhan Sebab itu dia masih tercari-cari pengganti sebenar. Dollah Badaui bukanlah orangnya. Dia sudah tahu Dollah Badaui sudah merancang strategi untuk mengganti beliau tetapi janjinya terhadap Dollah Badaui sama juga seperti janjinya terhadap Anwar Ibrahim . Dollah Badaui juga tahu masalah Mahathir ini tidak perlu diselesai.Mesyuarat majlis tertinggi UMNO kali ini dipengerusikan oleh Datuk Dollah Badaui. Mahathir tidak hadir dan inilah peluang MT menolak cadangan tersebut dan mengekalkan seperti yng sedia ada. Penolakan cadangan ini kununnya atas desakan ahli..Inilah cadangan Mahathir yang pertama kali ditolak oleh MT.

Oleh kerana tiada siapa yang diharapkan akhirnya dia terpaksa berjuang sendirian tanpa bantuan daripada pengikut di bawahnya. Orang bawahannya tidak langsung mempedulikan masalah yang Mahathir hadapi.Mereka tidak peduli hidup mati Mahathir. Mereka lebih memikirkan macamana mahu mengambil alih kepimpinan yang akan ditinggalkan oleh beliau. Memikirkan macamana mempertahankan dan memperbaiki kedudukan masing-masing didalam parti dan kerajaan Memikirkan macamana mengumpul kekayaan sebelum bersara atau dibersarakan dariada politik untuk ditinggalkan kepada anak-anak. Mereka tiada masa untuk membantu Mahathir Kalau adapun cuma tumpamg semangkuk membuat kenyataan hanya untk menyedapkan hati Mahathir dan untk meyakini Mahathir bahawa mereka tetap bersamanya. Mereka betul-betul kakaktua. Beliau menangkis serangan demi serangan daripada lawannya separuh mati. Seluruh pelosok negara dia pergi hanya untuk memberi penerangan nyata yang sering gagal menarik minat rakyat kerana rakyat tahu dia berbohong dan bersandiwara. Menteri-menteri, Ahli Majlis Tertinggi, Pemuda dan wanita dari setinggi-tingginya sehingga serendah-rendahnya jawatan membuat kenyataan dengan tujuan membantu meyambung lidah Mahathir supaya menjadi lebih bercabang ternyata hanya membuat kecoh dan riuh rendah . Pelbagai hujjah, isu, pendapat,tuduhan, fitnah,ugutan dan ancaman tidak satupun mengena sasaran. Pelbagai saluran media dan jentera kerajaan digunakan ternyata tiada berkesan malah menjadikan musuh bertambah ramai dan rakyat bertambah berani. Rakyat lebih cenderung berkumpul dipadang, tepi jalan, berhujan ,berpanas, dan berembun untuk hadir mendengar cermah daripada kalangan pemimpin Barisan Alternatif.

Seluruh dunia dijelajahi untuk Menjaja Malaysia/Menjual Malaysia ( Pinjam Istilah Menteri Pelancongan Yang Diipecat). Pelbagai usaha sudah dibuat Berjumpa dengan ketua-ketua kerajaan luar negeri, ulama , pertubuhan antarabangsa, agensi pelaburan dan perdagangan, menghadiri persidangan, konvensyen dan banyak lagi. Mereka dilayan sebagai sebagai wakil kerajan sahaja. Malah yang terakhir, mahu berjumpa dengan ulama terkenal Dr Yusuf Qardawi tetapi beliau enggan berjumpa Mahathir. Apa yang dicakap, diterangkan, dilobi dan dipropagandakan tidak satupun yang didengari malah semakin tidak dipercayai..Lain yang dikehendaki lain pula yang menjadi. Tiada satupun yang berkesan malah memalukan. Peluang pelaburan yang dijaja, sistem kehakiman yang ditanya. Apabila Mahathir bejumpa Tony Blair memohon bantuan belum sempat balik Mahathir, British Airways membatalkan pendaratan di KLIA Belum sempat Mahathir membuuat teks ucapan di konvensyen ISNA, surat jemputan sudah ditarik balik. Mesyuarat pertubuhan ahli parlimen dunia di Jakarta dijangka menjadi gelanggang untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa, isu untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang disebut. Dipersidangan OIC , negara anggota mencadangkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, Mahfuz Omar pula dipenjara kerana membantah kehadiran belia Israel ke Malaysia..Ekonomi dikatakan pulih, harga minyak naik, barangan naik, takrif letrik nak naik, belanjawan yang dikatakan mesra rakyat nyata meleset. Ianya lebih menguntungkan kroninya.Semakin banyak berita dan kenyataan Mahathir dan menteri-menteri ,rakyat pula semakin mual dengan media Semakin banyak sekatan penerbitan oleh KDN semakin tidak laku akhbar perdana..Semakin keras deraan polis terhadap rakyat yang berdemontrasi secara aman, semakin ramai pula yang hadir dan minta ditangkap sehingga sekolah pun dijadikan pusat tahanan semntara.Semakin tidak diberi permit untuk berhimpun dn berceramah semakin banyak pula ceramah. Semakin didera kerajaan PAS di Terengganu, semakin ramai sokongan rakyat ke atas PAS. Apa sahaja yang BN @ Mahathir buat semuanya menjadi sebaliknya Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bahawa satu dunia memencilkan Mahathir Perdana Menteri UMNO. Keberaanian rakyat semakin memuncak. Ketua pemuda keADILan Ezam Mohd. Nor, semakin diugut dan diancam dia semakin berani dan lantang. Barisan Alternatif yang berjuang dengan perbezaaan idologi sering dikutuk sebagai pengacau , pemecah belah perpaduan, pemfitnah dan anti pembangunan semakin diterima dan diyakini rakyat. Rakyat yang dulunya dimomokkan dengan pelbagai propaganda, beritta palsu, sandiwara,diugut dan ditekan dan tiada terhitung lagi sudah tiada boleh lagi diperbodohkan. Isu perpaduan Melayu dimaikan ternyata umat Melayu bersatu tetapi di dalam Barisan Alternatif. Ketuanan Melayu diwarkan ternyata dia yang ditunjukkan oleh rakyat sebagai penghapus ketuanan Melayu.. Menuduh Anwar melakukan rasuah, dengan takdir dia pula di tuduh di mahkamah sebagai pelindung rasuah.

Ternyata Mahathir hilang punca dan hilang akal. Akhirnya meracau macam orang kena demam panas dan terkeluar dari mulutnya senjata terakhir seorang diktator mengecop Ezam sebagai pengkhianat negara kerana memburukkannya di luar negara . Ezam pula mencabar supaya dia didakwa dimahkamah untuk membuktikan siapa pengkhianat negara sebenarnya. Rupa-rupanya fikiran Mahathir selama ini sangat tinggi setinggi menara kembar Petronas .Dia mahukan rakyat menggelarnya wira, maharaja dan negara. Negara hendak disamakan sebagai dia. Rosak Mahathir rosaklah negara. Mati Mahathir tiadalah negara. Bermimpi pula dia. Seorang pejuang pula menjadi seorang pelawak. Lawak Mahathir tidak bertempat. Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri .Sejarah silamnya memburukan peribadi Almarhum Tunku di luar negara dibongkar semula. Akhirnya luka kerabat diRaja Tunku berdarah semula. Jiwa rakyat Kedah pula bergelora. Semua langkahnya mati. Kebiasaan orang meninggalkan dunia tetapi lain bagi Mahathir. Dunia meninggalkan Mahathir. Negara ini sudah rosak teruk dan kacau bukan diebabkan oleh pemipin lawan daan bukanlah disebab oleh rakyat terbanyak. Negara ini rosak bukanlah disebabkan oleh Anwar Ibrahim. Negara ini rosak angkara Mahathir dan penasihat-penasihatnya.

Lihatlah institusi kehakiman , polis, penjara, undang-undang, kesihatan, pendidikan perbankan,kewangan , agama, keluarga, moraliti, intergriti ,kredibaliti dan lain-lain lagi. Teliti dan kajilah satu persatu. Siapa perosaknya ? Mahathir fikir menyingkirkan Anwar Ibrahim jalan yang mudah untuk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai. Anwar adalah individu atau batang tubuh yang boleh disentuh ,bergerak boleh berkomunikasi dengan sendiri bukannya sistem dan dasar yang memerlukan kita untuk mengubah , mengerakan atau melaksanakan..Jangan fikir mudah untuk menganggap Anwar itu tidak penting dan senang untuk dilupakan.. Memang batang tubuh Anwar itu tidak penting tetapi atas dasar apa tindakan sebegitu rupa boleh dikenakan terhadapnya. Inilah persoalan pokok yang membawa kepada kerosakan pada sistem dan dasar keseluruhannnya dan seterusnya merosakkan negara. Siapa yang melaksananya dialah perosaknya.Siapa yang menjadi perosak tidak wajarkah digelar pengkhianat negara ? Pengkhianat ertinya orang yang tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh orang lain (rakyat) . Siapa yang diberikan amanah oleh rakyat untuk menguruskan negara ini ?

Sekarang Mahathir sepatutnya berhenti menjelajahi dunia dan negara . Lebih baik beliau duduk sahaja di istana Putra Jaya dan luangkan sedikit masa untuk bertafakur dan bermuhasabah terhadap dirinya sendiri Sekarang tibalah masa untuk Mahathir memikirkan dirinya sendiri.. Berhentilah menunjukkan kesalahan kepada orang lain. Belajarlah mengaku kesilapan diri. Biarlah perjuangan yang belum selesai itu kepada DollahBadaui untuk diselesaikan atau Dollah tidak perlu selesaikan. Umur yang tinggal sedikit itu gunakanlah untuk mengislahkan diri agar selamat dunia akhirat. Fikir di mana silapnya. Namum kerja yang mudah ini amat sukar buat Mahathir. Satu dunia sudah tahu bahawa Mahathir boleh buat sesuatu yang amat sukar dan amat tak masuk akal tetapi tak boleh buat sesuatu yang amat mudah dan amat masuk akal. Satu dunia sudah tahu perangai Mahathir yang sombong, bongkak , takabbur, keras kepala, ego dan banyak lagi yang hampir sama taraf dengan Firaun dan Namrud. Cuma satu anak tangga sahaja lagi yang kalau dia buat akan menjadikan dia sama taraf, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Firaun dan Namrud iaitu mengaku menjadi tuhan . (A'uzubillahhiminzalik) Saya mendoakan Mahathir tidak menjadi seperti itu.Tetapi mengaku dirinya Firaun..Atau berundur sahaja supaya negara pulih seluruhnya.

 

Reformis Bumi Kenyalang

Omarco@TmNet .Com

20/11/2000 (Samarahan)