UMNO, Petronas dan Royalti 
Perbuatan Kerajaan Pusat Malaysia Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menguruskan wang Royalti Petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu adalah berniat JAHAT. Sekali lagi Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO/BN telah menunjukkan wajah mereka yang sebenar. Kepentingan POLITIK SEMPIT mereka mengatasi KEPENTINGAN RAKYAT. 

Kerajaan UMNO/BN tidak ikhlas apabila mengatakan Wang IHSAN (sepatutnya ROYALTI) 5% yang sepatutnya dibayar terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu akan diuruskan oleh Kerajaan Pusat agar rakyat Terengganu terjamin mendapat manfaat darinya. Apakah dalam tempoh 9 bulan berkuasa ini Kerajaan PAS telah menyalahgunakan sebahagian wang royalti petroleum yang sudah dibayar?. Apakah Kerajaan UMNO/BN tidak tahu, selepas lebih 20 tahun mereka menguruskan wang Royalti Petroleum Terengganu masih menjadi negeri ketiga miskin selepas, Kelantan dan Perlis. Apakah Kerajaan UMNO/BN fikir mereka lebih tahu menguruskan wang? 

Jelas, Kerajaan UMNO/BN tidak pernah memikirkan soal RAKYAT. Mereka dihantui perasaan TAMAK HALOBA, dari Perdana Menteri hinggalah Ketua Cawangan. Mereka juga dihantui perasaan takut jika Kerajaan ISLAM PAS menerima Wang Royalti yang begitu banyak, Rakyat TERENGGANU khasnya akan sedar bahawa hanya Pemerintah Yang Ikhlas yang layak memerintah Negara, jadi tahun 2004 UMNO/BN hanya dapat dilihat di Muzium Negara. Kerajaan UMNO/BN juga sanggup menukar nama dari Wang Royalti yang wajib dibayar kepada Wang Ihsan kununnya merekalah yang baik. Mereka mula mentafsir undang-undang mengikut selera mereka. Mereka membolehkan apa yang tidak boleh. Walaupun jelas Kerajaan Terengganu dan Petronas terikat dengan satu Perjanjian dalam hal Royalti, mereka melalui RAIS YATIM mengatakan perjanjian itu tidak seperti perjanjian dengan Negeri Sabah dan Serawak. Perjanjian dengan Kerajaan Terengganu lebih longgar. Namun Perjanjian Tetap Perjanjian. Dalam hukum islam jelas mentakrifkan antara sifat-sifat orang MUNAFIK adalah APABILA MEREKA BERJANJI mereka akan MUNGKIRI. Dan sesuatu yang saya fikir ialah Kerajaan UMNO/BN ini bertindak melewati batasan. Kalau kita lihat dalam Perjanjian Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu adalah tidak melibatkan Kerajaan UMNO/BN. Petronas bersetuju untuk membayar Royalti 5% bukannya UMNO/BN. Jadi apakah Kuasa UMNO/BN untuk menyekat pembayaran Royalti tersebut? Itu sifat orang tamak haloba, jiran sebelah tanam Durian tapi dia yang kontrol hasil jualan. 

Saya sebagai anak negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya sekiranya kerajaan UMNO/BN yang ZALIM ini masih enggan menyalurkan wang Royalti kepada Negeri, kita naikkan cukai/sewa atau apa-apa sahaja yang melibatkan Petronas di Negeri Terengganu kepada nilai yang lebih tinggi menyamai hasil Royalti 5%. Kalau mereka enggan terima, wajarlah kita usir orang yang mungkir perjanjian (macam Bani ISRAEL) ini. Suruh mereka bawa keluar semua peralatan mereka walau satu skru pun jangan ditinggalkan di Negeri Terengganu. 

Kezaliman UMNO/BN kepada rakyat terus memuncak. Kita perhatikan siri ucapan Perdana Menteri Mereka (UMNO/BN) yang menfitnah, menghina dan mengecam rakyat sendiri. Perdana Menteri hanya sayangkan MIRZAN, MOKHZANI, MUKHRIZ, MARINA, MAHZAR, MASTURA serta HASMAH. Perdana Menteri Membina KLCC menggunakan wang Petronas sebagai Lambang cinta pada Hasmah. Membina KLIA untuk memberi bisnes kepada MIRZAN, MOKHZANI dan MARINA. PUTRAJAYA DAN MAHLIGAI sebagai kemuncak cinta pada Hasmah. Semuanya guna duit Petronas. Jadi kita rakyat Malaysia perlu Realistik, kita di Malaysia hanya hamba tunggangan Mahathir. 

Sekian 

  

AURA2000