Penilaian Kepimpinan PAS dan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Peringkat Cawangan

Pemimppin adalah ketua dalam sesuatu kumpulan atau pertubuhan. Beliau adalah seorang  yang bertanggungjawab dalam memimpin dan mentadbir disamping mempunyai kewibawaan.

Memang tidak dinafikan bahawa Pas dari dulu dan sekarang semakin maju dari segi bilangan ahli malahan dari segi kegiatannya. Dalam pilihanraya lepas, maka ramai golongan intelek yang berani menonjolkan diri bersama Pas. Maka terdapat ramai calon-calon Pas terdiri dari mereka yang bergelar Doktor, Jurutera, Peguam dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan bahawa kepercayaan orang ramai kepada Pas meningkat dalam pilihanraya lepas bukan saja kerana isu-isu yang diketengahkan tetapi juga kerana kepercayaan orang ramai dengan kehadiran bijak pandai dan intelek yang berani menonjol diri.
Saya secara peribadi yakin dengan Pas kerana kewibawaan pucuk pimpinannya dan kehadiran bijak pandai yang berwibawa dan mereka yang terdiri daripada mereka yang bukan saja pandai bercakap tetapi juga telah membukti kejayaan dalam kegiatan harian seperti Dr. Hassan Ali, Dr Hatta, Dr Harun Din, Jurutera-jurutera, Peguam-peguam ( Hanya sebahagian disebut) dan lain-lain.
Jadi oleh sebab itu, Pimpinan Pas diperigkat cawangan hendaklah lebih terbuka dalam pemilihan barisan pimpinan kerana rakyat akan menilai dari apa yang mereka lihat. Rakyat sekarang sudah pandai berfikir sendiri. Sifat kepentingan diri hendaklah disingkirkan jika ingin membangunkan ummah. Barisan pimpinan hendaklah gabungan antara ahli ugama, pentadbiran, teknikal dan perundangan.
Keputusan hendaklah dibuat secara kumpulan jika ia melibatkan perpaduan parti. Janganlah fikir dengan adanyanya golongan lain(selain ahli ugama) maka kedudukan kita akan tergugat. Kita ingin memajukan parti. Kalau dulu hanya mereka yang bergelar ustaz saja yang memimpin Pas, takkan kedudukan mereka tergugat sehingga pelantikan barisan pemimpin dibuat secara senyap (tidak melalui pemilihan).
Ahli Pas hendaklah berfikiran terbuka, jangan gilakan pangkat tapi fikirkan soal parti. Cuba kita tengok sekarang senario di cawangan-cawangan, kita tak nak orang akan kata  ‘TERENGGANU KINI DIPIMPIN OLEH ORANG KAMPUNG YANG TAK ‘SEKOLAH’ “. Jadi apa beza kita dengan UMNO?. Kita telah menang, kita mesti bersatu, mesti bersikap ‘gentleman’. Memang tidak dinafikan bahawa golongan muda yang banyak mendorong kemenangan Pas tapi perlu difikirkan  ‘ Takkan ketua kampung terlalu muda’.
Fikirkan “Adakah keyakinan masyarakat kepada golongan muda”. Saya pasti masyarakat tidak akan yakin dan segan kepada yang muda jadi akan timbul rasa tidak hormat kepada ketua kampung. Adakah orang muda  lebih matang dalam membuat keputusan………….
Cybertaliban.
cybertaliban@hotmail.com

p/s . Kalau soal ini diajukan kepada UMNO, maka akan di’tong sampah’lah