PERLEMBAGAAN PAS DIPINDA

 

Kuala Terengganu 2 Jun: Muktamar Khas Pindaan Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) 2000 pada 2hb.Jun, 2000  telah
meluluskan secara sebulat suara cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti Islam
SeMalaysia (PAS) yang dipengerusikan oleh Senator Hj. Hassan Shukri setelah dibahas secara panjang lebar oleh perwakilan
dari jam 2:30 petang hingga 6:00 petang.

 

Dalam pindaan perlembagaan kali ini, struktuktur organisasi kepimpinan PAS telah dikemaskinikan bagi menguruskan parti dalam
alaf baru, abad ke 21 yang semakin mencabar. Perlembagaan PAS (Pindaan 2000) diantaranya melibatkan;

 

   i.                    Menambahkan jawatan Naib Presiden PAS Pusat daripada 2 orang kepada 3 orang .

   ii.                  Menambahkan jawatan Ahli Jawatankuasa Biasa PAS Pusat kepada 24 orang dengan 18 orang daripadanya dipilih
         dalam Muktamar Tahunan PAS Pusat setiap 2 tahun sekali. Manakala 6 orang lagi akan dilantik oleh Presiden PAS
         didalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

   iii.                Menambah Jawatan Timbalan Yang Dipertua Kawasan dan Ketua Urusan Ulama’ serta Jawatankuasanya terdiri dari
         Pengerusi (Ketua Urusan Ulama’), Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK (tidak lebih daripada 7 orang)
         dalam struktur organisasi PAS diperingkat Kawasan.

 

Banyak lagi jawatan-jawatan lain dalam parti yang telah dikemaskinikan untuk memantapkan lagi organisasi PAS dipelbagai
peringkat yang tidak dapat disebutkan secara terperinci dalam artikel ini. Selepas perlembagaan ini diluluskan, bermakna terdapat
satu kekosongan jawatan Naib Presiden PAS Pusat selepas diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan secara rasmi.
Sekarang ini Jawatan Naib Presiden PAS disandang oleh YB. Senator Hj. Hassan Shukri dan YB. Hj. Mustapha Ali.

 

Bagi memantapkan lagi organisasi kepimpinan Dewan Ulama, hierarki urusan ulama telah diperturunkan pula ke peringkat
kawasan. Dengan pindaan ini juga, bermakna pemilihan peringkat Kawasan-kawasan PAS pada tahun hadapan, setelah
diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan akan memperlihatkan pertambahan 2 jawatan utama iaitu Timbalan Yang Dipertua
dan Ketua Urusan Ulama.